Dengan pelbagai syarikat besar pengeluar telefon mula melancarkan produk tablet mereka, kini realme turut mengikut jejak langkah tersebut.
realme telah melancarkan realme Pad bersama-sama dengan beberapa siri peranti telefon pintar lain yang akan mula dijual bermula pada 11 November 2021 nanti. Jadi sebelum anda beli realme pad ini, mari kita ulas terlebih dahulu peranti ini.
Spesifikasi
- Cipset: MediaTek Helio G80
- Memori: 4GB RAM + 64GB Storan
- Skrin: 10.4 inci, IPS LCD FHD
- Fungsi Skrin: Kadar segar semula 90Hz
- Pembesar suara: Stereo (Dolby Atmos & Hi-Res)
- Kamera: 8MP utama , 8MP swafoto ultra lebar
- Bateri: 7100 mAh
Antara Muka Lebih Ringan
realme Pad ini hadir dengan antara muka realme UI for Pad di mana tidak banyak bloatware yang terdapat pada tablet ini. Bukan bloatware sahaja, malah fungsi dan ciri pada tablet ini juga sangat terhad. Jadi kepada anda yang menggunakan telefon pintar realme pasti akan merasakan perbezaan apabila menggunakan tablet ini.
Tetapi kelebihan pada UI for Pad ini ialah pengalaman guna tablet ini akan jadi lebih ringan dan lancar walaupun menggunakan cipset Helio G80. Untuk kegunaan ringan seperti panggilan video, menonton YouTube, Netflix, skrol media sosial memang tiada masalah.
Rekaan Yang Kukuh
realme Pad membawa rekaan kotak. Jadi bila pegang peranti ini memang terasa kukuh dan selesa dipegang. Pada bahagian belakang terdapat satu garisan menegak yang menampakkan rekaan belakang tablet ini tidak kosong.
Skrin pula ia bersaiz 10.4 inci FHD. Jika tengok pada skrin tablet ini agak janggal kerana nisbah aspek ya 5:3 membuatkan ia nampak seperti telefon gergasi. Gambar yang dihasilkan pada realme pad ini memang tajam (sharp), jelas, kontras, tetapi warnanya agak pekat.
Terdapat 4 pembesar suara pada realme pad ini iaitu 2 di bahagian atas dan 2 di bahagian bawah. Jenis pembesar suara ini adalah jenis stereo. Bunyi yang dihasilkan itu berkualiti dan lantang sesuai mengikut harganya.
Cuma bagi saya, walaupun realme menyatakan bahawa tablet keluaran mereka menyokong Hi-res dan Dolby Atmos, tetapi saya tidak merasakan bahawa pembesar suara itu mampu memberikan prestasi seperti mana yang terdapat pada tablet andalan lain.
Untuk kamera, kedua-dua kamera ini hanya menggunakan sensor 8MP sahaja. Kamera utama bagi saya biasa sahaja. Saya lebih suka pada kamera swafoto pada tablet ini kerana ia menggunakan kamera jenis ultra lebar.
Sesuai Untuk Siapa?
Dengan spesifikasi yang ditawarkan, realme Pad ini mampu digunakan untuk kegunaan ringan ataupun penggunaan media seperti YouTube, Netflix dan sebagainya.
Untuk kegunaan lebih berat seperti produktiviti dan multitasking, ia kurang sesuai memandangkan cipnya yang cukup-cukup makan sahaja.
Selain itu, realme Pad ini juga kurang sesuai untuk penggunaan melukis dan menaip kerana tablet ini tidak mempunyai aksesori rasmi dari realme sendiri seperti stylus dan papan kekunci.
Harga Mampu Milik
realme Pad ini hadir dengan 4 varian iaitu:
Dengan harga bawah RM1000, realme pad ini menjadi salah satu penawaran tablet yang berbaloi di pasaran buat masa ini.