realme 6i Dijual Di Malaysia Bermula RM699 - Kelas Permulaan Helio G80, USB-C, Dan Bateri 5000mAh

realme 6i merupakan penawaran model kelas permulaan dalam siri realme 6. Peranti ini telah pun dilancarkan di Myanmar hampir sebulan lalu dan baru hari ini ia menjengah masuk ke pasaran Malaysia. Secara keseluruhan ia merupakan naik taraf yang agak besar berbanding realme 5i iaitu model sebelumnya.

https://www.youtube.com/watch?v=sqWD2opfS3k

Paparan peranti berukuran 6.5 inci IPS LCD yang mempunyai resolusi HD+ (720 x 1600). Ia juga mempunyai takuk kecil waterdrop dengan sensor swafoto 16MP (f/2.0).

Cip juga menerima kemaskini yang baik. realme 6i menggunakan cip MediaTek Helio G80 yang dibantu dengan pemprosesan grafik ARM Mali-G52. Sebagai rekod, ini merupakan peranti pertama yang menggunakan cip ini dan ia adalah sedikit lebih berkuasa berbanding Helio G70 pada realme C3.

Terdapat  X pilihan memori iaitu 3GB/64GB dan 4GB/128GB. Storan juga boleh dipertingkatkan dengan penggunaan kad MicroSD.

Bahagian lain yang turut juga menerima kemaskini adalah penggunaan USB-C. Pada realme 5i, peranti hanya menggunakan pengecasan berasaskan micro-USB sahaja. Dari segi kapasiti bateri, 5,000mAh telah dimuatkan dan terdapat sokongan pengecasan pantas 18W.

Terdapat 4 lensa di bahagian belakang iaitu 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP potret B&W, dan 2MP lensa makro. Rakaman kamera belakang mampu merekod sehingga 1080p 30fps manakala kamera swafoto pula 720p 30fps.



Peranti ini menjalankan perisian realme UI yang berasaskan Android 9. Antara ciri-ciri menarik seperti Dark Mode, perkongsian muzik dua pengguna Dual Mode Music Share, dan Focus Mode.



Untuk warna pilihan pula, ia didatangkan dengan 2 pilihan warna Milk White dan Green Tea. Harga jualan di Malaysia adalah bermula dari RM699 untuk model 3GB/64GB dan RM899 untuk model 4GB/128GB.

Tarikh jualan pula adalah bermula 23 April 2020 untuk model 3GB/64GB secara atas talian Shopee. Pada hari tersebut, hanya dalam tempoh 24 jam,model tersebut boleh didapati dengan harga lebih rendah pada RM599. Untuk model 4GB/128GB pula ia akan dijual bermula 25 April di seluruh pengedar yang sah.

https://www.youtube.com/watch?v=8TudmwwTLHQ&t=259s

Berkaitan