Spesifikasi keseluruhan seakan sama dengan realme 5 sebagai model asas siri tersebut. Namun dengan menggunakan sensor swafoto 8MP berbanding 13MP pada realme 5 asal, peranti ini dilihat diposisikan dibawah realme 5.
Bermula dengan paparan hadapan, skrin peranti bersaiz 6.5 inci LCD dengan resolusi HD. Takuk kecil diletakkan untuk memuatkan kamera swafoto 8MP tersebut. Sistem kamera belakang tidak berubah yakni menggunakan kuad kamera. Terdapat 12MP utama, 8MP ultralebar, 2MP lensa makro dan juga 2MP depth.
Peranti dikuasakan oleh cip Snapdragon 665 dengan memori 4GB/64GB. Di samping itu, terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambahan storan jika tidak mencukupi.
Saiz bateri yang dimuatkan adalah 5,000mAh melalui pengecasan 10W. Peranti juga boleh melakukan fungsi Reverse Charging dengan saiz bateri yang besar tersebut. Namun sayangnya, ia masih menggunakan lubang pengecasan Micro-USB yang sudah kuno.
realme 5i menjalankan perisian Color OS 6.1 yang berasaskan Android Pie. Antara fungsi lain yang peranti termasuklah bicu 3.5mm dan juga pengimbas cap jari di bahagian belakang.
Dengan realme 5i baharu ini, selain perbezaan kamera swafoto, realme menggunakan panel bertekstur di bahagian belakang. Dengan kemasan ini, peranti lebih selesa dan sedap digenggam.
realme 5i dijual di Malaysia pada harga untuk RM599 dalam dua pilihan warna iaitu Aqua Blue dan Forest Green.
Jualan pertama adalah secara luar talian di kedai rasmi realme Malaysia pada 18 Januari. Manakala jualan secara dalam talian boleh dibeli di Lazada pada 28 Januari. Untuk setiap pembelian melalui tarikh yang dinyatakan, anda boleh mendapat hadiah kotak percuma CNY.
Berkaitan
- Mahukan HONOR MagicBook Dengan CPU Ryzen 4000? Tunggu Pelancarannya 16 Julai Ini
- Maxis Lancar Video Iklan Raya Dalam Bentuk Audio 8D
- DJI Mavic Air 2 Dilancarkan - Kualiti Kamera Lebih Baik Serta Bateri Tahan Lebih Lama
- Samsung Galaxy A71, A51 Dilancarkan - Infinity-O AMOLED Dengan Kuad Kamera
- Samsung Galaxy M02s Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 450 Dan Bateri 5,000mAh
- realme C17 Pula Mula Disebut-Sebut, Bawakan Cip Snapdragon 460 Dengan 6GB RAM
- Ujian Prestasi MediaTek Helio G70 Pada realme C3 Mendapati Ia Lebih Berkuasa Dari Snapdragon 665
- realme 7 Dan 7 Pro Dilancarkan - Snapdragon 720G, Pembesar Suara Stereo, Pengecasan 65W, Dan Skrin AMOLED
- vivo Beri Gambaran Siri X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Google Pixel 5 Dilancarkan - Hadir Dengan Cip Snapdragon 765G, Panel OLED 90Hz Dan Bateri 4,080mAh