Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (66)

realme C3 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Peranti Gaming Bajet Serendah RM499

Diterbitkan Mac 3, 2020 · Dikemas kini Mac 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Melakar nama sebagai peranti pertama yang menggunakan cip MediaTek Helio G70, realme C3 akhirnya dirasmikan pelancarannya di Malaysia. Siri C merupakan penawaran kelas permulaan dalam jenama realme, jadi ia secara tidak langsung menjadi pilihan ramai oleh ramai pengguna.

Peranti ini dilancarkan terlebih dahulu di India awal Februari lalu. Kemudiannya terdapat pula model yang sama namun spesifikasi kamera berbeza dan terdapat pengimbas cap jari dilancarkan untuk pasaran Thailand dan Indonesia.

Untuk pasaran Malaysia, cuba teka varian mana yang dibawa masuk? Jika tekaan anda, versi yang lebih berkuasa yang akan dijual, tekaan anda betul.

realme C3 menggunakan skrin bersaiz 6.5 inci dengan panel LCD. Sesuai dengan harga sebuah kelas permulaan, peranti hanya didatangkan dengan skrin 720 x 1600 HD+ sahaja. Ia mempunyai nisbah 20:9 dengan PPI berjumlah 270 pixel.

realme c3

 

Spesifikasi utama peranti adalah ia menggunakan cip berkuasa (untuk harganya) MediaTek Helio G70. Ia merupakan cip 12nm yang memfokuskan permainan untuk peranti kelas bajet. Untuk grafik pula ia dibantu oleh GPU dari Mali-G52 2EEMC2.

Peranti hadir dengan memori 3GB/32GB Terdapat juga sokongan kad microSD untuk penambahan ruangan storan dalaman.

Kamera pula terdapat 3 lensa di belakangnya – 12MP (f/1.8) utama + 2MP makro + 2MP (f/2.4) depth. Kamera swafoto pula dimuatkan pada takuk skrin dengan sensor 5MP (f/2.4). Kedua-dua lensa utama hadapan dan belakang hanya menyokong video sehingga 1080p 30fps sahaja.

Screenshot (68)

Untuk perisian, ia menggunakan antaramuka realme UI baharu yang berasaskan Android 10. Selain itu, terdapat juga pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. realme mendakwa pengimbas tersebut boleh dibuka selaju 0.27 saat.

Screenshot (69)

Bateri peranti dimuatkan dengan kapasiti 5,000mAh namun masih lagi menggunakan pengecasan berasaskan Micro-USB.

Screenshot (67)

Di Malaysia, realme C3 dijual di pasaran bermula RM499. Ia terdapat dalam 2 pilihan warna iaitu Blazing Red dan juga Frozen Blue. Jualan akan bermula pada hari ini 3 Mac 2020 pukul 6 petang di Shopee manakala jualan secara kedai fizikal pula pada tarikh 7 Mac 2020 nanti. Untuk hari ini sahaja pembelian peranti di Shopee, terdapat diskaun RM20 menjadikan peranti lebih murah.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY