Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (86)

realme 11x 5G Kini Boleh Dibeli Tanpa Menerusi Syarikat ‘Telco’

Diterbitkan November 21, 2023 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, syarikat realme telah membangkitkan semula produk siri 11 mereka iaitu realme 11x 5G di pasaran Malaysia.

Walaupun produk telefon pintar ini dahulunya dilancarkan pada 15 September 2023 yang lepas, ketersediaannya hanya eksklusif di syarikat telco Unifi, U Mobile dan Maxis melalui langganan U Postpaid 68, U Postpaid 98, Unifi Home dan Internet Plan, Zerolution 24M dan kontrak Maxis.

Sebagai imbas kembali, peranti ini dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 6100+ 5G dengan kapasiti bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas SUPERVOOC 33W.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan konfigurasi 16GB (8GB + 8GB Extended RAM) dan kapasiti storan 128GB yang dapat ditambah menerusi kad mikroSD sehingga 2TB. Anda juga boleh baca artikel ini untuk spesifikasi penuh realme 11x 5G ini.

realme 11x_Image 02

Kini, anda boleh dapatkan realme 11x 5G ini dengan dua variasi warna iaitu Purple Dawn dan Midnight Black dengan harga RM999.

realme 11x 5G Kini Boleh Dibeli Tanpa Menerusi Syarikat ‘Telco’
Purple Dawn
realme 11x 5G Kini Boleh Dibeli Tanpa Menerusi Syarikat ‘Telco’
Midnight Black

Beli di Shopee

Beli di Lazada

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Yahoo Search Bakal Buat 'Comeback' Pada 2024
  • vivo Y27s Bakal Tiba Di Malaysia Dengan Harga RM799
  • Terpaksa Benarkan 'Sideloading' iPhone, Apple Kata Ini Salah Faham Mengenainya

Sumber: Media Siaran realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY