(Reaksi Awal) iQOO 12 - 'Fon Gaming' Pertama Di Malaysia Guna Snapdragon 8 Gen 3

iQOO 12 merupakan salah satu jenama yang berada di bawah naungan vivo kini telah berada di tangan kami. Peranti ini akan dilancarkan pada 6 Disember 2023 untuk pasaran Malaysia.

Namun, untuk artikel ini, kami tidak akan membuat ulasan penuh hanya reaksi awal sahaja. Nantikan ulasan penuh dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda, iQOO merupakan sebuah jenama yang dikhaskan untuk gaming daripada vivo walaupun reka bentuknya bukan seperti peranti gaming yang lain. Contohnya seperti ROG dan Red Magic.

Rekaannya diibaratkan seperti seorang lelaki tegap yang memakai sut. Maksudnya telefon ini kelihatan 'gentleman' dan 'maskulin'. Rekaan telefon ini lebih 'universal' yang membuatkan semua orang akan lebih selesa untuk bawanya ke mana-mana.

Rekaan pada bahagian tepi rata, rekaan skrin juga rata bukan melengkung. Jadi dengan rekaan pada skrin tersebut ia akan lebih memudahkan pemasangan pelindung skrin.

Skrin rata yang digunakan ini mempunyai kelebihan berbanding skrin melengkung iaitu perubahan warnanya tidak melampau seperti skrin melengkung.

Rekaan pada kamera swafoto pula menggunakan rekaan 'punch hole'. Rekaan pada bahagian tepi dan dagu kelihatan agak nipis. Rekaan pada skrin secara keseluruhannya agak moden.

Saiz skrin didatangkan dengan saiz sebesar 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta menyokong teknologi LTPO. Fungsi teknologi LTPO adalah jika telefon ini tidak digunakan, kadar segar semula akan turun pada tahap paling rendah sekali gus dapat menjimatkan bateri.



Kadar resolusi yang ditawarkan hanya 1.5k sahaja berbanding model iQOO 12 Pro yang menawarkan resolusi hingga 2k. Jenis skrin yang digunakan adalah OLED bukan AMOLED. Akan tetapi, OLED yang digunakan adalah jenis murah iaitu Visionoox V7 yang merupakan buatan China.

Kamera pada peranti ini didatangkan dengan tiga lensa iaitu 50MP untuk kamera utama, 64MP untuk telefoto dan 50MP untuk ultra lebar. Namun, ada masalah yang akan dihadapi bagi mereka yang ingin menggunakan kamera peranti ini pada negara yang beriklim sejuk iaitu kamera akan berkabus sekali gus menyukarkan pengguna untuk mengambil gambar atau video.



Jadi, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersyukur kerana kita dalam lingkaran khatulistiwa dan kita tidak perlu risau dengan masalah tersebut. Namun, tidak pasti ia boleh berlaku atau tidak jika kita pergi ke tempat sejuk di taman tema i-City Shah Alam atau Genting highland.

Panel belakang telefon ini juga dibina dengan porselin. Jadi, terdapat risiko untuk pecah pada panel depan dan belakang jika jatuh. Kapasiti bateri pula adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 120W. iQOO mengatakan bahawa untuk cas dari 0% hingga 100% hanya memerlukan masa 28 minit sahaja. Adakah ia benar? Nantikan ulasan penuh kami.



Untuk spesifikasi ringkas pula, seperti mana yang dinyatakan pada tajuk, peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3. Memori RAM pula adalah 12GB. Kadar storan pula sebesar 512GB. Apa yang kurang adalah peranti ini tidak menyokong pengecasan tanpa wayar.

Pengimbas cap jari pula berada pada bahagian skrin atau lebih dikenali sebagai 'in display fingerprint scanner'. Sistem yang digunakan 'optical sensor' bukan 'ultrasonic sensor'.



Secara keseluruhannya, iQOO 12 menawarkan spesifikasi yang menggoda kerana peranti ini memang dibina untuk gaming. iQOO 12 memang lebih mementingkan prestasi berbanding kamera. Selain itu, rekaan peranti ini juga lebih mesra pengguna kerana rekaannya tidak terlalu ganas yang membuatkan pengguna tidak segan untuk mengeluarkannya di khakayak ramai.

Nantikan ulasan penuh untuk mengetahui lebih lanjut tentang prestasi kamera dan prestasi spesifikasi lain.

https://youtu.be/vcKqf3VapPw?si=5YtuG_2D791Q_Q31

{suggest}