Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA The Trilogy

Rasmi – GTA: The Trilogy Diumumkan, ‘Gameplay’ Moden Dan Hadir Untuk Semua Platform

Diterbitkan Oktober 9, 2021 oleh Amsyar Latif

Ogos lalu terdapat laporan mengatakan Rockstar sedang membangunkan sebuah permainan ‘remastered’ yang mengandungi tiga judul permainan popular mereka – Grand Theft Auto (GTA).

Terkini, bukan lagi rahsia kerana Rockstar akhirnya secara rasmi mengumumkan permainan tersebut menerusi GTA: The Trilogy.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, GTA: The Trilogy ini mempunyai tiga siri permainan ‘lengendary’ Rockstar, iaitu GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas.

Bersempena kehadirannya nanti, Rockstar akan membuang judul asal tiga permainan itu daripada gedung digital bermula minggu hadapan bagi memberi laluan GTA baharu ini.

Menurut mereka lagi, GTA: The Trilogy bakal menerima peningkatan grafik dan juga corak permainan (gameplay) yang lebih moden, di samping mengekalkan rupa dan aura permainan asli GTA lama itu. Sementara perincian lanjut mengenainya akan diumumkan dalam beberapa minggu dari sekarang.

Selain itu, GTA: The Trilogy yang dikatakan dilancarkan mungkin penghujung tahun ini bakal ditawarkan untuk semua platform – PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, Nintendo Switch dan Rockstar Games Launcher di PC.

Bukan itu sahaja, vesi mudah alih untuk iOS dan Android turut dapat menikmatinya nanti tetapi akan diperkenalkan sekitar separuh pertama tahun 2022.

Walau apa pun, adakah anda terujua dengan pengumuman ini? Atau anda masih menunggu GTA VI yang masih belum kelihatan.

Sumber: Rockstar

Baca juga:

  • Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar

  • Epic Game Store Ada Berjuta Pengguna Baru Sejak Bagi GTA 5 Percuma

  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY