Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA Trilogy

Tiga Game GTA Remastered Dilapor Sedang Dibangunkan, Akan Tiba Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Rockstar sebelum ini dilaporkan untuk memberikan sentuhan baharu buat permainan lama mereka ketika era PlayStation 2, iaitu Grand Theft Auto (GTA) III, Vice City dan juga San Andreas.

Kini, Kotaku mengatakan bahawa tiga permainan tersebut akan menerima versi remastered. Pembaharuan tersebut mungkin akan dibangunkan dengan Unreal Engine dan grafiknya tampil dengan elemen baharu serta era PS2 bersama-sama kemas kini antara muka.

GTA SA

Pada awalnya, ia dirancang akan diberi percuma sekiranya pemain membeli GTA 5 untuk konsol baharu – PS5 atau Xbox Series X/S. Akan tetapi, ia dijangka ditawarkan lebih banyak platform seperti PS4, Xbox One, Switch, PC, Stadia dan juga telefon pintar.

Bagaimanapun, mereka ingin memfokuskan permainan untuk konsol terlebih dahulu dan tidak pelik kerana GTA 5 di PC juga dilancarkan agak lewat.

Buat masa sekarang, GTA remastered ini dijangka akan dilancarkan pada tahun ini, iaitu sekitar penghujung Oktober atau awal November.

Sumber: Kotaku

Foto utama: gamerant

Baca juga:

  • Peminat Mungkin Perlu Tunggu Lama Lagi Untuk GTA 6
  • Crackonosh, Perisian Hasad Baharu Dalam ‘Game’ Cetak Rompak
  • Valve Melancarkan Steam Deck – Sebuah PC Mudah Alih

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY