Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar

Jangan Terpedaya Pautan Permainan GTA 5 Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan Jun 19, 2021 · Dikemas kini Jun 19, 2021 oleh ariff bukhari

Judul permainan bagi siri GTA iaitu GTA 5 merupakan judul paling popular dari pembangun permainan popular, Rockstar Games.

Judul permainan itu sudah ditawarkan untuk platfom Microsoft Windows, konsol permainan PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, PlayStation 3, Xbox 360, Xbox Series X, dan Xbox Series S.

Walaubagaimanapun kini muncul cubaan menipu pengguna dengan menggunakan judul permainan GTA 5 itu untuk peranti Android dan iOS.

Walhal Rockstar Games tidak pernah menawarkan aplikasi permainan GTA 5 mereka untuk peranti Android dan iOS walaupun selepas hampir 8 tahun ia dilancarkan.

Baca juga: Rockstar Jelaskan Kenapa GTA 6 Masih Belum Diperkenalkan

Setakat ini, hanya sebanyak 5 judul sahaja dari siri permainan GTA ditawarkan secara rasmi untuk peranti pintar iaitu:-

  • GTA III
  • Grand Theft Auto: Vice City
  • Grand Theft Auto: San Andreas
  • GTA: Chinatown Wars
  • GTA: Liberty City Stories

Screenshot 2021-06-19 at 20.49.35

Oleh itu pengguna dinasihatkan supaya jangan terpedaya dengan pautan promosi yang menawarkan judul GTA 5 untuk peranti pintar mereka kerana dikhuatiri fail permainan yang dimuat turun itu mengandungi perisian hasad di dalamnya.

Sumber: Sport Skeeda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY