(Rasmi) Google Lancar Telefon Pertama Mereka, Pixel





Selepas beberapa kali bekerjasama dengan beberapa pengeluar telefon terkemuka dengan siri Nexus, Google akhirnya nekad mengeluarkan telefon pintar keluaran mereka sendiri, iaitu Pixel.



Pixel secara rasmi diperkenalkan oleh Google menerusi acara rasmi Pixel hari ini yang dimuat naik secara lintas langsung di Youtube bersama hashtag #madebygoogle.



Google Pixels

Sudah tentu, topik utama yang diumumkan oleh Google di dalam acara itu adalah telefon pertama keluaran mereka, Google Pixel.



Google menyifatkan telefon itu sebagai gabungan paling sempurna antara hardware dan software yang pernah mereka buat.



Tapi yang paling banyak ditonjolkan oleh gergasi teknologi itu adalah Google Assistant dan juga ciri-ciri menarik yang ada pada Pixel.








Google Assistant membantu menghantar mesej dengan arahan suara.








Google Assistant membantu mencari kawasan dan melakukan tempahan



Google Assistant

Di dalam acara tersebut, Google memperkenalkan Google Assistant yang diperkenalkan sebagai pembantu peribadi AI (Artificial Intelligent).



Difahamkan, Google Asisstant akan didatangkan dengan servis-servis Google yang dikemaskini dengan teknologi yang lebih up-to-date. Seperti contoh servis Google Translate yang lebih canggih, Google Photo yang lebih memahami gambar, servis Voice to Text dengan konsep WaveNet.



Google menerapkan Google Assistant sebagai pembantu peribadi yang boleh membantu dengan memahami konteks pengguna.



Kamera Rating 89 dari DXO Mark

Menurut Google, Pixel didatangkan dengan kamera yang mendapat rating 89 dari DXO Mark dan itu merupakan markah tertinggi bagi kamera dalam kategori telefon pintar.



Antara perkara yang paling menarik bagi kamera di Pixel adalah ciri penstabilan video yang mana video yang bergetar dapat distabilkan dengan rapi menerusi ciri ini.



Dan yang lebih bagus, pengguna Pixel akan menikmati storan percuma di Google Photos dengan resolusi gambar penuh.






Foto yang diambil menggunakan Pixel






Penstabilan video Pixel



7 Jam Bateri Dengan Masa Cas 15 Minit

Menurut Google, batteri Pixel yang dicas selama 15 minit akan dapat bertahan selama 7 jam. Yup, ini sangat menggiurkan.



Kemaskini Automatik

Kemaskini telefon Pixel akan dipasang secara automatik di dalam proses tanpa sedar. "Bila anda reboot telefon anda semula, anda akan dapat Pixel terbaru", kata jurucakap Google.



Sokongan Pelanggan 24/7

Google juga turut menawarkan sokongan pelanggan 24/7 bagi pelanggan pixel dan ciri itu boleh didapati menerusi Pixel.



Skrin 5.5 inci dan 5 inci

Tidak pasti sama ada Google cuba meniru Apple, tapi telefon Pixel mereka akan didatangkan dengan dua saiz iaitu 5 dan 5.5 inci.



Pixel Didatangkan Dengan 3 Warna

Google Pixel akan didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, biru dan perak.






Pixel didatangkan dengan tiga warna.



Berharga dari $649 (RM 2688)

Google mengumumkan Pixel akan dijual pada harga bermula $649 di Amerika Syarikat dan ianya sama dengan harga permulaan bagi iPhone 7.






Harga Pixel



Spesifikasi Pixel

Dengan RAM 4 GB, apa lagi yang kita boleh katakan tentang Pixel. Sempurna.






Spesifikasi Pixel