Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian ‘Ad Blocker’

Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian ‘Ad Blocker’

Diterbitkan Ogos 9, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh salor30
Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian ‘Ad Blocker’

9 Ogos – Syarikat media sosial nombor satu dunia, Facebook, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan tetap menghidangkan iklan kepada pengguna-pengguna Facebook di komputer biarpun mereka telah memasang perisian ‘Ad Blocker’ di pelayar web.

Perkara itu diumumkan oleh Facebook menerusi satu penulisan di blog mereka.

Namun, syarikat itu turut mengumumkan bahawa mereka akan memberikan pengguna lebih kawalan terhadap iklan apa yang mereka mahu lihat di garis masa mereka.

Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian ‘Ad Blocker’

Facebook berkata keputusan itu dibuat selepas satu kajian survey dari syarikat Ipsos Connect yang mendapati majoriti dari 2,000 pengguna yang terlibat dalam kajian itu berkata mereka menggunakan ‘Ad Blocker’ kerana tidak suka dengan iklan yang mengganggu dan takut terhadap risiko keselamatan.

‘Ad Blocker’ semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet dan trend itu menyebabkan syarikat-syarikat pengiklanan atas talian agak risau.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY