Rasa Rimas YouTube Mainkan Video Secara Automatik? Ini Cara Untuk Hentikannya

Ciri yang baru diperkenalkan oleh YouTube, Autoplay on Home, sudah mula hadir secara berperingkat pada peranti Android dan iOS.



Ia membolehkan video yang dipaparkan pada halaman utama dimainkan secara automatik, memudahkan pengguna menonton (tiada bunyi) tanpa perlu menyentuh pada video tersebut.

Walaupunbegitu, barangkali ada diantara anda yang kurang gemar dengan ciri itu atau mungkin mahu menjimatkan data internet, ia boleh dinyahaktifkan dengan mudah.

Apa yang perlu anda lakukan adalah pergi ke bahagian bucu atas kanan dan tekan gambar Profil> Settings > Autoplay > Autoplay on Home. Masih lagi tak dapat tangkap? Ikut langkah bergambar dibawah. Lihat dari kiri ke kanan.