Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Diterbitkan Mei 17, 2021 oleh Helmi Samsuri

Mahu bezel nipis dan skrin luas tanpa sebarang gangguan? Ya, setakat 2021 ini kita sudah melihat pelbagai cara diperkenalkan pengeluar untuk menyelesaikan dan menyembunyikan takuk daripada skrin paparan.

Ambil contoh seperti Mi Mix 3 dua tahun yang sudah, ia hadir dengan mekanisme menggelongsor. Apabila skrin paparan ditarik kebawah, kamera swafoto akan kelihatan.

Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk
Mi Mix 3

Baca juga –(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Itu cerita dahulu dan nampaknya Xiaomi masih tidak berputus asa dengan rekaan sedemikian. Terbaharu, menerusi paten yang difailkan pada 13 Januari 2021 dan diterbitkan pada 14 Mei lalu, rekaan menggelongsor diperlihatkan.

Namun kali ini ia skrin boleh digerakkan ke kiri atau ke kanan. Berdasarkan imej paten tersebut, sekiranya skrin digerakkan ke kanan, terdapat sebuah lagi skrin kedua dibahagian belakang.

Skrin ini kemungkinan berguna sebagai paparan papan kekunci ketika menaip mesej, ataupun fungsi lain ketika bermain aplikasi permainan.

Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Sementara itu, apabila panel hadapan ditarik ke kiri, akan terlihat tiga sensor kamera. Begitu juga dengan kamera utama belakang dimana ia turut disembunyikan.

Baca juga – Xiaomi Nak Kamera Yang Berputar Dari Dalam

Kita maklum bahawa mekanisme gelongsor ini mendedahkan bahagian tersebut kepada masalah habuk melekat. Teringat pengalaman ketika menggunakan Mi Mix 3 suatu ketika dahulu, rekaan menggelongsor dirasakan ‘longgar’ dan mengeluarkan bunyi yang kurang enak.

Sebuah lagi paten, mengingatkan kita kepada Galaxy A80 yang mana ia berkongsi sistem kamera hadapan dan belakang. Sistem kamera tersebut akan terangkat dan berputar mengikut keperluan rakaman pengguna, sama ada untuk rakam swafoto atau sebaliknya.

Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Sensor juga kelihatan besar seperti siri Mi 11 yang mana mungkin Xiaomi menggunakan lensa 108MP.

Dalam mana kita merasakan rekaan-rekaan ini sudah agak ketinggalan kerana sudah dikeluarkan sejak beberapa tahun lepas, Xiaomi mungkin berpendapat sebaliknya.

Ada Dua Lagi Paten Rekaan Telefon Dari Xiaomi, Bebas Takuk

Baca juga – A.S Menyimpulkan Xiaomi Bukan “Syarikat Tentera Komunis China”

Seperti yang diulang-ulang sebelum ini, paten tidak bermaksud ia akan dikomersialkan tetapi mungkin juga rekaan seperti ini akan diperkenalkan pada masa hadapan.

Sumber: LetsGoDigital (1,2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY