Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Rapid Penang Perkenal Bas Dua Tingkat Mulai Februari Di Laluan Ini

Posted on Januari 28, 2022
Di Malaysia, pengangkutan awam yang digunakan meluas seluruh negara ialah perkhidmatan bas. Bas Rapid di bawah Prasarana tersedia di beberapa kawasan seperti kawasan Selangor, KL, Pulau Pinang dan Kuantan.
Mulai 1 Februari 2022, Rapid Penang akan mula menawarkan perkhidmatan bas dua tingkat pada penduduk di Pulau Pinang di laluan terpilih.
Bas dua tingkat ini mampu membawa 108 penumpang pada satu-satu masa dan dilihat mampu memenuhi permintaan dan kapasiti penumpang tinggi di sesetengah kawasan.
Pengoperasian bas dua tingkat akan dilaksanakan di laluan 301 dari Terminal Bas Weld Quay ke Relau, dan laluan 302 dari Terminal Bas Weld Quay ke Batu Maung berikutan kedua-dua laluan tersebut mempunyai permintaan daripada penumpang yang tinggi.
Di samping itu, para penumpang boleh menggunakan aplikasi PULSE yang dibangunkan oleh Prasarana yang dapat dimuat turun daripada Google Play dan App Store bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Rapid Bus.
Sumber: Rapid Penang
Baca juga:
  • Pas Perjalanan Tanpa Had My50 Ganti My30, Mula Januari 2022
  • Mulai Hari Ini, Empat PPV Terima ‘Walk-In’ Untuk Dos Penggalak Bagi 18 Tahun Ke Atas
  • Kemas Kini iOS 15.3 Sekarang Kerana Apple Telah Selesaikan Masalah Kecurian Data Di “Browser”

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress