Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vaksin covid kkm

Mulai Hari Ini, Empat PPV Terima ‘Walk-In’ Untuk Dos Penggalak Bagi 18 Tahun Ke Atas

Diterbitkan Januari 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, itulah peribahasa yang sesuai untuk menyimpulkan keadaan dunia sejak beberapa tahun ini. Untuk vaksin COVID-19, banyak negara telah mula mengagihkan suntikan penggalak dan antara punca utamanya ialah kehadiran varian-varian baharu seperti Omicron.

Setakat 25 Januari 2022, sudah 47.5% daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun telah mendapatkan dos penggalak. Dalam usaha mengekang Omicron dan mengekalkan imuniti pada tahap terbaik, KKM telah membuka 4 buah PPV Integrasi di Lembah Klang yang akan memberikan dos penggalak secara walk-in tanpa janji temu bermula hari ini, 27 Januari 2022.

Empat PPV Integrasi tersebut ialah di;

  1. WTC, KL (9 pagi – 8 malam)
  2. Axiata Arena, Bukit Jalil (9 pagi – 8 malam)
  3. IDCC, Shah Alam (9 pagi – 8 malam)
  4. Dewan Soka Gakkai, Klang (9 pagi – 4 petang)

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelaksanaan Vaksinasi Dos Penggalak COVID-19 Secara Walk-In di PPV Integrasi Lembah Klang pic.twitter.com/9G8I9FtUoF

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) January 26, 2022

Vaksin yang disediakan di kesemua PPV ini ialah AstraZeneca namun vaksin buatan Pfizer akan diberikan pada golongan tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu dan mengalami masalah kesihatan dengan vaksin AstraZeneca.

Untuk di luar Lembah Klang, anda boleh menghubungi klinik atau PPV berdekatan secara terus untuk menempah nama sekiranya ada slot kosong sedia diisi. Anda boleh baca di SINI untuk cara-caranya.

Baca juga:

  • Cara Daftar Dan Semak PPV Terdekat Untuk Dapat Dos Penggalak Lebih Cepat
  • Penyanyi Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Selepas Sengaja Dijangkiti Untuk Elak Divaksin
  • Ini Cara Membatalkan Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY