Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rantai anti 5g

Rantai Yang Didakwa Selamatkan Pemakai Daripada 5G Rupanya Radioaktif

Diterbitkan Disember 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sesetengah golongan percaya bahawa 5G langsung memberikan kesan buruk pada kesihatan. Mereka ini sering dikaitkan dengan golongan antivaksin dan menolak apa-apa bentuk teknologi baharu.

Terbaru, pihak berkuasa Belanda (ANVS) yang bertanggungjawab berkaitan nuklear dan radiasi mengeluarkan senarai barangan berbahaya yang mengeluarkan radiasi memudarat untuk manusia.

Barangan-barangan tersebut didakwa penjual dapat melindungi pemakainya daripada 5G. Bagaimanapun, WHO telah mengatakan bahawa 5G adalah selamat untuk manusia dan tidak berbeza dengan isyarat 3G dan 4G sebelum ini.

gelang anti 5g

ANVS mendesak pengguna untuk berhenti menggunakan produk-produk tersebut kerana ia memberi kesan jika digunakan dalam jangka masa panjang. Antara produk yang dikenal pasti ialah topeng tidur “Energy Armor”, rantai serta gelang tangan. Sebuah gelang berjenama Magnetix Wellness yang dipasarkan untuk kanak-kanak turut didapati memancarkan radiasi.

Mei tahun lalu, pihak berkuasa UK telah cuba menghentikan jualan USB berharga £339 yang dikatakan mampu memberi perlindungan terhadap 5G.

Sumber: BBC News

Baca juga:

  • 5G: Kerajaan Atau Syarikat Telekomunikasi Yang Sediakan? Jawapannya Januari Ini
  • Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia
  • Ini Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Di MySejahtera

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY