Ini Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri Di MySejahtera


Lambakan pelitup muka dan kit ujian kendiri di pasaran kini tidak lagi dijual dengan harga setinggi dahulu. Dengan harga yang berpatutan, banyak orang kini dapat membeli dan melakukan ujian COVID-19 dengan sendiri.



Dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia di laman Facebook mereka berkongsi cara untuk melaporkan keputusan ujian yang dilakukan sendiri di aplikasi MySejahtera.



Berikut adalah caranya:




  1. Buka aplikasi Mysejahtera

  2. Pilih “Ujian Kendiri COVID-19” atau "COVID-19 Self Test"

  3. Pilih “Kemas Kini Keputusan Ujian Kendiri” atau "Update Self Test Result"

  4. Pilih sama ada untuk melaporkan keputusan diri sendiri atau tanggungan

  5. Isikan butiran (nombor yelefon, nama penuh & e-mel)

  6. Isikan butiran alamat anda

  7. Pilih tempat kit ujian kendiri diperolehi

  8. Pilih jenis sampel anda

  9. Pilih keputusan ujian anda dan hantar.



Sumber: KKM

Baca juga: