Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
china tren

Rangkaian Kereta Api Berkelajuan Tinggi Terbesar Di Dunia Kini Diurus Oleh AI 

Diterbitkan Mac 16, 2024 · Dikemas kini Mac 18, 2024 oleh ariff bukhari

Sistem kereta api berkelajuan tinggi di China kini telah beralih sepenuhnya kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi dan penyelenggaraan rangkaian relnya.

Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi sepanjang 45,000 kilometer ini adalah yang terbesar di dunia dan dikawal oleh sistem AI di Beijing.

Menurut jurutera yang terlibat dalam projek itu, sistem ini mempunyai tahap ketepatan yang tinggi iaitu kira-kira 89 peratus dan telah mencapai beberapa pencapaian.

Sistem AI memproses sejumlah besar data dalam masa nyata di seluruh negara. Ia juga mampu memberi amaran kepada pasukan yang bertanggungjawab menjaga situasi tidak normal dalam masa 40 minit.

Liu Daoan, seorang jurutera kanan di pusat pemeriksaan infrastruktur China State Railway Group menyatakan bahawa sistem itu sebagai cekap.

Tambahan lagi, Daoan dalam jurnal akademik China Railway yang diterbitkan juga mengatakan sistem AI tersebut sangat membantu pasukannya untuk menjalankan pemeriksaan semula dan melakukan pembaikan dengan cepat.

rangkaian keretapi laju China Kereta api berkelajuan tinggi China adalah yang terpantas di dunia.

Ia kini beroperasi pada kelajuan 350 kilometer sejam dan merancang untuk meningkat kepada 400 pada tahun depan. Kerajaan merancang untuk meneruskan pengembangan ini sehingga ia menghubungkan semua bandar dengan populasi lebih 500,000 orang.

Buat pengetahuan anda, bilangan kerosakan trek kecil dalam laluan kereta api berkelajuan tinggi di China menurun sebanyak 80 peratus sejak mereka menggunakan sistem AI.

Tiada satu pun daripada laluan kereta api berkelajuan tinggi itu menerima sebarang amaran tentang pengurangan kelajuan disebabkan oleh isu ketidakteraturan pada landasan utamanya.

Kertas itu juga menyatakan bahawa amplitud pergerakan rel yang disebabkan oleh angin kencang juga menurun dengan ketara dengan sistem AI.

Sebelum China memulakan pembinaan laluan kereta api berkelajuan tinggi pertamanya 15 tahun lalu, cabaran utama yang diramalkan pengkritik ialah penyelenggaraannya.

Pengkritik menjangkakan penyelenggaraan akan membebankan kerana wayar dan rel lama-kelamaan akan menjadi tua.

Walau apa pun, di sini membuktikan bahawa teknologi kecerdasan buatan (AI) sebenarnya memang akan memudahkan kerja-kerja manusia.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: Interesting Engineering

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY