Kebelakangan ini, ada beberapa isu yang selama ini hanya sementara kini seolah-olah muncul tanpa penghujung.
Antara masalah itu ialah perkhidmatan penghantaran daripada syarikat J&T. Bila sebut saja tiga aksara ini, pastinya ia terkait dengan satu platform ini iaitu Shopee. Kita semua tahu, masalah ini bukan baru wujud.
Terkini, lebih ramai pengguna bukan saja merungut, bahkan ‘mengamuk’ disebabkan barang mereka ‘diperam’ sejak sebelum raya lagi. Tidak cukup dengan itu, ada juga dapati barang mereka hilang tanpa sebarang justifikasi daripada J&T.
Seorang penggiat kandungan di YouTube, Exan Jaz berkongsi pengalamannya berurusan dengan sebuah stor J&T di Johor.
Berdasarkan video ini, barang tersebut sudah diserahkan pada J&T sebelum hari raya lagi. Disebabkan lama tidak bergerak, dia kemudian ke pejabat J&T untuk mengetahui status barang tersebut namun mereka memberitahu ia sudah diuruskan rider.
Tetapi, ia hanya jawapan untuk ‘menyedapkan’ hati pelanggan.
Lama selepas itu, dia pergi semula ke gudang (warehouse) J&T namun diberitahu barang tersebut tidak ada pada mereka sedangkan rekod menunjukkan ia sudah diterima gudang.
Difahamkan juga pengurusan gudang kini bukan lagi di bawah J&T tetapi pihak ketiga lantas menyumbang pada lambakan barangan yang tidak dapat diuruskan sebaik mungkin.
Selain itu, untuk tuntutan barangan hilang, J&T menetapkan bahawa hanya penghantar boleh melakukannya.
Yang lebih musykil ialah mengapa Shopee tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan pastinya bahagian perkhidmatan pelanggan mereka sedar isu diadukan penjual dan pembeli.
Tu je yang di offer shopee. Abg seller gk, bila nak pilih untuk hantar barang abang dia ada beberapa kurier. Tapi kebanyakannnya jnt dan tak bagi abg pilihan nak pilih kurier lain. Kekadang ada jnt ngan poslaju. Kalau nasib baik ada la ninjavan ngan lain. Tak nasib baik 1 pilihan
— ARM – ??? ??????? (@cikly82) May 13, 2022
Bermula Jun 2021, Shopee menggunakan alasan penetapan kurier secara automatik adalah usaha mereka memberikan perkhidmatan lebih baik kerana pesanan diagihkan berdasarkan kemampuan dan prestasi.
Ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati dengan peraturan ini.
Jika Shopee benar-benar mengambil peduli kepuasan pengguna seperti dikatakan, mereka seharusnya mengambil tindakan tentang isu yang sudah lama berlaku ini.
Pebenda tah shopee dah tahu j&t short of manpower yang kau assign courier tu kenapa? Barang aku dah 2 minggu dekat sana.
— ʲᵒᵃᵠᵘⁱⁿ ᵐᵒʳⁿⁱⁿᵍˢᵗᵃʳ (@drgsdgaf) April 27, 2022
Bukan itu sahaja, Shopee juga perlu membuktikan pengagihan kepada syarikat kurier adalah telus dan berkongsi bagaimana ia beroperasi agar ia menjawab ketidakpuasan hati pengguna.
Tidak dinafikan, ada ramai lagi pekerja J&T yang berkhidmat dengan bagus dan terus bersabar melayan pelanggan walaupun beban sedia ada sudah cukup banyak.
Malah, ada saja cawangan J&T yang beroperasi dengan cemerlang. Tapi kita faham, ia tertakluk pada kawasan.
Diharapkan pengurusan J&T dan Shopee tidak berlepas tangan kerana yang terjejas bukan hanya pelanggan dan pembeli tapi juga pekerja bawahan yang berhadapan dengan pengguna.
Baca juga: