Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee refund (2)

Peniaga Shopee Akan Dikenakan Caj Untuk Barang ‘Return/Refund’ Mulai Bulan Depan

Diterbitkan April 18, 2022 · Dikemas kini April 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Mulai 9 Mei 2022, peniaga akan menangggung kos penghantaran dan pemulangan bagi setiap pesanan yang tidak berjaya iaitu dalam kategori Return/Refund, umum Shopee hari ini.

Kos penghantaran merujuk pada Forward Shipping Fee (FSF) manakala kos pemulangan pula ialah Return Shopping Fee (RSF).

Kedua-dua caj ini akan dikenakan apabila pembeli mendapat wang mereka semula (refund) ataupun barang dijual dipulang kembali pada pembeli (return) jika ia akibat kesalahan penjual.

Ini bermakna jika barang rosak, tidak lengkap, salah atau palsu, maka secara automatik penjual akan menanggung kos FSF dan RSF ini kerana dianggap berpunca daripada mereka sendiri.

Caj ini dikenakan langsung pada penjual sejurus selepas wang pembeli dikembalikan Shopee.

Pun begitu, peniaga boleh membuat pertikaian untuk membuktikan mereka tidak bertanggungjawab atas hal-hal di atas. Jika Shopee mendapati peniaga sememangnya tidak bersalah, maka mereka akan memulangkan semula wang yang telah dicaj.

Ada 6 situasi di mana peniaga tidak akan dicaj iaitu:

shopee return refund

Untuk pesanan Self-Collect, Shopee akan menanggung kos penghantaran untuk setiap barang yang gagal diambil.

Menurut Shopee, caj FSF dan RSF ini dikenakan oleh pihak logistik.

Untuk maklumat terperinci, sila baca di laman web Shopee.

Baca juga:

  • 5 Produk Samsung Yang Anda Boleh Beli Masa Jualan Shopee Hari Ini
  • Ini Cara Nak Tahu Berapa Banyak Dah Habiskan Duit Di Shopee
  • Mufti WP Perjelas Isu Syariah Terhadap Penggunaan ‘Shopee Pay Later’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY