Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Price tracker

Jangan Tertipu Dengan Diskaun, Ini Cara Semak Perubahan Harga Jualan Shopee & Lazada

Diterbitkan Mac 10, 2022 · Dikemas kini Januari 3, 2024 oleh Amsyar Latif

Kemas kini 3/1/2024: Bermula Januari 2024, cukai 10% barangan import bernilai bawah RM500 mula dikenakan. Shopee dan AliExpress antara yang telah memaklumkan perkara ini. Oleh itu, anda sebagai pengguna boleh menyemak perubahan harga sama ada penjual di Shopee naikkan harga barangan atau sebaliknya.

artikel asal:

Setiap bulan pasti ada promosi yang menarik ditawarkan di laman e-dagang Shopee dan Lazada.

Kadangkala, kita terasa produk tersebut menerima diskaun yang banyak. Walhal, sebelum promosi tiba, rupa-rupanya jauh lebih murah.

Bagi kaki shopping, biasanya anda sudah tahu akan perkara ini kerana anda sudah biasa buka Shopee dan Lazada untuk melihat produk-produk umpama membuka emel kerja.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan anda tertipu dengan harga ‘diskaun’ itu, ini adalah cara bagaimana nak pantau perbezaan harga di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Tak Perlu Kad Untuk Keluar Duit Di ATM Maybank, Ini Caranya
  • Ini Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kerap Alami Isu Panggilan Terputus

Adakah ia betul-betul menerima potongan harga yang banyak atau sebaliknya.

Caranya mudah. Anda hanya perlu buka pelayar yang menyokong Chrome Webstore. Kemudian pasangkan pemalam (extension) pada pelayar yang anda gunakan. Sama ada Chrome, Brave dan sebagainya.

Screenshot 2022-03-10 at 3.26.09 PM
Screenshot 2022-03-10 at 3.26.33 PM

Pemalam ini dipanggil AliPrice Shopping Assistant. Klik INI untuk Shopee dan klik INI bagi memasangnya buat Lazada.

Setelah selesai memasangnya, anda boleh memantau perubahan harga sehingga 1 tahun yang lepas.

Screenshot 2022-03-10 at 3.28.19 PM

Melaluinya, secara tidak langsung anda boleh merancang pembelian pada masa hadapan. Jika benar-benar murah, bolehlah terus membelinya. Sekiranya tidak, anda boleh tunggu dahulu.

Untuk kemudahan lagi, anda turut boleh mengaktifkan notifikasi produk yang diidamkan. Secara tidak langsung, anda mengetahui produk tersebut sudah menerima perubahan harga.

Jadi, rancanglah pembelian anda dengan bijak.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY