Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Wang Tak Dituntut_

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Semak Wang Tak Dituntut

Diterbitkan Mac 5, 2025 · Dikemas kini Mac 6, 2025 oleh Amalina Athman

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah merekodkan sejumlah RM12.7 bilion Wang Tak Dituntut (WTD), setakat 31 Januari 2025.

Apa itu WTD? Bagi yang kurang tahu, WTD merujuk kepada sejumlah wang yang menjadi hak seseorang individu atau syarikat tetapi tidak dituntut atau dibayar dalam tempoh masa tidak kurang dari satu tahun.

Wang ini biasanya terdiri daripada:

  • Akaun bank tidak aktif (simpanan atau semasa) yang tidak digunakan selama lebih dari 7 tahun.
  • Dividen atau faedah yang belum dituntut dari pelaburan atau saham.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
  • Bayaran lebihan atau deposit yang sepatutnya dikembalikan tetapi tidak dituntut
  • Gaji atau bonus pekerja yang tidak diambil
  • Lain-lain seperti simpanan tetap, cagaran, baki kredit, draf bank dan sebagainya.

Di Malaysia, semua WTD perlu diserahkan kepada JANM jika tidak dituntut dalam tempoh tertentu. Pemilik yang sah boleh membuat semakan dan tuntutan untuk mendapatkan kembali wang mereka.

Cara semak Wang Tak Dituntut

Semakan Wang Tak Dituntut (WTD) boleh dilakukan dengan langkah mudah, tanpa perlu log masuk, seperti berikut:

  1. Layari portal eGUMIS untuk membuat carian WTD.
  2. Masukkan nombor pengenalan empunya WTD – merujuk kepada nombor kad pengenalan, nombor tentera atau polis, pasport, sijil kelahiran atau nombor pendaftaran syarikat.
  3. Klik pada kotak “Saya bukan robot” dan kemudian klik “Cari”.

Wang Tak Dituntut_wiser 2

Hasil carian yang ditunjukkan di skrin merupakan bilangan Wang Tak Dituntut sahaja. Namun, untuk mengetahui maklumat terperinci atau membuat tuntutan, pengguna perlu mendaftar dan log masuk portal eGUMIS terlebih dahulu.

Pendaftaran

  1. Layari portal eGUMIS dan klik “Pendaftaran”, atau klik sahaja pada pautan INI. Lengkapkan maklumat yang perlu diisi dan sahkan pendaftaran.
  2. Semak e-mel yang diterima dan salin nama pengguna serta kata laluan sementara.
  3. Buka semula sistem eGUMIS dan klik “Log Masuk”. Masukkan nama pengguna dan kata laluan sementara.
  4. Setelah log masuk kali pertama, pengguna hendaklah menetapkan kata laluan baharu.
  5. Setelah selesai kemas kini maklumat pengguna, klik pada “Klik Di Sini Untuk Carian Wang Tak Dituntut” dan masukkan nombor pengenalan diri atau pendaftaran syarikat untuk membuat semakan.
  6. Sekiranya terdapat WTD, anda boleh teruskan dengan permohonan tuntutan.

Wang Tak Dituntut_wiser 1

Perlu diingatkan, had carian yang dibenarkan adalah 2 carian sehari bagi setiap log masuk.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Bantuan SARA Melalui MyKad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak - Disalurkan Mulai 15 Januari
  • Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
  • Had Money+ Kini Naik Ke RM30,000, Tawar Pulangan Sehingga 5% Setahun
  • Kerajaan Teliti Perluas Pengesahan Umur Kepada Platform Permainan Dalam Talian - Fahmi
©2026 WISER.MY