Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro

Ramai Pengguna Android Beralih Ke iOS, Tapi Bukan Sebab iPhone 15

Diterbitkan Julai 28, 2024 ยท Dikemas kini Julai 29, 2024 oleh ariff bukhari

Laporan baharu mendedahkan peratusan tinggi yang mengejutkan tentang peningkatan pengguna iPhone baharu yang berpunca daripada pengguna Android.

Menurut data terbaru daripada CIRP (Consumer Intelligence Research Partners), pada Jun 2024, 17% pembeli iPhone di AS datang daripada Android.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan itu, itu adalah “tahap tertinggi peralihan pengguna Android kepada iOS dalam kalangan pembeli iPhone” dalam “beberapa suku lepas.”

Walau bagaimanapun, ia bukanlah tanda positif kepada model iPhone baharu.

Ini kerana laporan CIRP itu turut mendedahkan, peratusan peralihan dari Android yang tinggi ini menunjukkan kesukaran yang dihadapi oleh Apple dalam meyakinkan pemilik iPhone sedia ada untuk menaik taraf.

Bukan sebab iPhone 15

Mengapa pengguna Android beralih ke iOS sebenarnya bukan kerana tertarik kepada model iPhone 15.

Tetapi hasil dapatan dalam tinjauan itu mendapati, 53% pengguna Android mengatakan ia disebabkan oleh ‘masalah telefon terdahulu,’ manakala 15% mengatakan kosnya berkurangan.

Dengan kata lain, mereka boleh membelanjakan lebih sedikit untuk memiliki iPhone baharu daripada yang mereka jangkakan atau lebih murah daripada telefon Android yang setandingnya.

Berbanding iPhone 15, pengguna Android kebanyakannya memilih iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, diikuti oleh iPhone 13 dan iPhone SE.

android vs iphone
Carta CIRP di atas ini menunjukkan peratusan pembeli iPhone yang datang daripada pengguna Android pada Jun sejak beberapa suku tahun lalu, dengan Jun 2024 mencecah paras tertinggi sebanyak 17%.

Jualan iPhone 15 kurang memberangsangkan

Menurut CIRP, Apple sejak model kedua iPhone yang dilancarkan pada 2008 dahulu telah menyasarkan pemilik iPhone sedia ada untuk peningkatan jualan iPhone baharu mereka.

Faktor tersebut telah menjadi teras kepada strategi jualan iPhone mereka.

CIRP berkata, pada bulan lepas, 15% iPhone yang dijual adalah terdiri daripada model iPhone 14.

iPhone 15 terbaharu pula hanya lebih sedikit sahaja dengan sebanyak 19%.

“Peratusan peningkatan iPhone baharu yang lebih rendah ini adalah petanda bahawa sekurang-kurangnya buat masa ini, kesegeraan pemilik iPhone yang menaik taraf berada pada tahap rendah yang ketara.” CIRP.

Jadi, bolehlah disimpulkan bahawa teknologi AI Apple Intelligence nampaknya merupakan ciri peningkatan utama untuk Apple mempengaruhi penggunanya menaik taraf kepada model terbaru.

Tetapi dengan manfaat AI yang masih sedikit kepada pengguna, ramai dilihat untuk memilih kekal bersama peranti sebelumnya.

Seperti yang dinyatakan dalam laporan CIRP,

“telefon lama ini (iPhone terdahulu) lebih murah dan mempunyai ciri yang kurang canggih, dan ia ternyata menarik terutamanya untuk bekas pemilik Android.”

Berkaitan

  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos

Sumber: CIRP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY