Ramai Hilang Sabar, Shopee Sedang Alami Masalah Teknikal

Belum lagi menjelang jualan PayDay Sale, laman e-dagang Shopee sudah mengalami masalah teknikal.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan mereka di log keluar (log out) setiap kali mahu log masuk.

Ada juga yang mengatakan akaun mereka telah menjadi "new user", ada juga yang tidak boleh untuk melihat bungkusan atau parcel yang sedang dalam perjalanan untuk penghantaran dan sebagainya.

Dikatakan, masalah ini telah berlanjutan lebih daripada sejam dan sehingga kini, masih belum selesai.



Menurut Shopee, mereka mengatakan bahawa masalah tersebut berpunca daripada pelayan (server). Tambah Shopee, mereka kini sedang giat menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

Oleh yang demikian, bagi anda pengguna tegar Shopee, diharapkan bersabar.

Baca juga: