Rakyat Thailand Juga Perlu Guna MySejahtera Untuk Masuk Malaysia

Memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022, Malaysia secara rasmi akan menerima pelancong luar dengan pembukaan sempadan kelak.

Negara jiran, Thailand antara menjadi tumpuan utama destinasi rakyat Malaysia setelah lebih 2 tahun tidak pulang ke 'kampung'.

Menurut Exco Hubungan dan Kerjasama Sempadan Perlis Ruzaini Rais, rakyat Thailand yang ingin masuk ke Malaysia melalui pintu sempadan Wang Kelian perlu mendaftar melalui MySejahtera.

"Hanya pelancong yang datang melancong lebih daripada lima hari sahaja dibenarkan masuk ke Malaysia," jelasnya lagi.

Selain itu, Jabatan Imigresen Perlis akan membuat pemeriksaan suhu badan dan mengambil maklumat warga Thailand yang memasuki negeri tersebut.

Terangnya lagi, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kesihatan negeri (JKNPs) turut memaklumkan bahawa pintu sempadan di Wang Kelian, Perlis hanya terbuka untuk kemasukan rakyat Thailand.

Sumber: Astro Awani

Baca juga: