Bagi telefon kelas permulaan, kebiasaannya Snapdragon siri 200 atau 400 yang akan ditemui.
Apabila diperhatikan, Qualcomm gemar menamakan siri cip mereka dengan nombor genap, namun kali ini berbeza dimana syarikat berkenaan telah melancarkan Snapdragon siri 700.
Diramal mula dipasarkan kepada pengeluar peranti pintar lewat 2018 atau awal 2019, cip ini bakal memfokuskan kepada beberapa bahagian. Berikut adalah pecahan yang diberikan perhatian oleh Qualcomm.
Kecerdasan buatan (AI) - Siri kali ini akan memberikan penambahbaikan dari segi kecerdasan buatan, 2 kali lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh siri 600.
Kamera - Naik taraf Qualcomm Spectra ISP yang berupaya memberikan pengalaman baik dari segi rakaman siang dan malam, gerak perlahan, disamping bantuan AI.
Prestasi dan bateri - Menjanjikan 30% peningkatan kecekapan tenaga dan prestasi lebih baik berbanding Snapdragon 660. Selain itu, ia akan dilengkapi dengan teknologi Qualcomm Quick Charge 4+, pengecasan sehingga 50% dalam masa 15 minit.
Sambungan - Siri 700 akan menawarkan teknologi Ultra-Fast LTE, dan Bluetooth 5.
Sumber: Qualcomm
Berkaitan
- #MWC2019 - Sony Xperia 1, Model Kelas Atasan Dengan Skrin 4K OLED
- OPPO Reno3 Mungkin Tampil Dengan Skrin 90Hz Dan RAM 12GB
- Google Akan Tamatkan Perkhidmatan Google Drive Mac Tahun Hadapan, Diganti Dengan Backup & Sync
- Kajian: Dalam Masa 50 Tahun Lagi, Pengguna Facebook Yang Meninggal Dunia Akan Lebih Tinggi Berbanding Yang Masih Hidup
- China Bina Panel Solar Berbentuk Panda
- Apple Pendahulu Dalam Carta Fortune Global 500 Bagi Syarikat Teknologi
- Black Shark 3 Kini Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM2799
- Imej Rasmi Xiaomi Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Diperlihatkan
- Razer Phone 2 Diramal Hadir Hujung Tahun Ini
- Pita Magnetik Data Sandaran CIMB Hilang, Langkah Keselamatan Diperketatkan