Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Bagi ‘Hint’, Windows 12 Dijangka Tiba Tidak Lama Lagi

Qualcomm Bagi ‘Hint’, Windows 12 Dijangka Tiba Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 2, 2024 ยท Dikemas kini Februari 2, 2024 oleh ariff bukhari

Pada tahun lepas, eksekutif Intel dilaporkan telah berkata bahawa tahun 2024 sebagai tahun yang baik untuk Windows baharu.

Walaupun ia tidak secara terang menyatakan versi Windows 12 akan dilancarkan, tapi dapat diagak bahawa ia adalah Windows 12 yang dinaik taraf daripada Windows 11.

Tetapi kini, ia semakin jelas selepas Qualcomm memberi bayangan bahawa Microsoft akan melancarkan Windows 12 dalam beberapa bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Qualcomm, Cristiano Amon menyatakan tarikh pelancaran sistem operasi itu semasa membincangkan produk syarikatnya yang akan datang, Snapdragon X Elite iaitu cip berasaskan Arm baru untuk PC yang dikatakan bakal menggegarkan pasaran komputer riba.

Windows 12 tidak disebut secara terangan, tapi Amon dilaporkan berkata Snapdragon X Elite dijadualkan tiba pada “pertengahan 2024” apabila Microsoft melepaskan “versi Windows seterusnya.”

“Kami mengikuti pelancaran produk dengan set cip ini yang terikat dengan versi Microsoft Windows seterusnya yang mempunyai banyak keupayaan Windows AI. Kami masih mengekalkan tarikh yang sama, yang didorong oleh Windows, iaitu pertengahan 2024” Cristiano Amon.

Berdasarkan data Statcounter, Pada masa ini, lebih separuh pengguna Windows iaitu pada tahap 66% pengguna masih kekal menggunakan sistem operasi Windows 10.

Manakala hanya 27% pengguna sahaja telah menggunakan Windows 11.

Desktop Windows Version Market Share Worldwide

Berkaitan

  • Tidak Lagi Nokia Mobile, Kini Dikenali HMD
  • Pengeluar China Atasi Samsung Display Dalam Pasaran Panel Boleh Lipat
  • Model Terakhir Macbook Dengan 'SuperDrive' Kini Dikategorikan Usang

Sumber: Statcounter Global Stats, PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY