Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI z890 lineup

MSI: Siri Papan Induk Z890 Berikan Kecekapan AI Lebih Tinggi Berbanding Generasi Terdahulu

Diterbitkan Oktober 11, 2024 oleh Rushsyafizal

MSI telah memperkenalkan papan induk siri Z890 terbaharu yang direka untuk digandingkan dengan pemproses Intel Core Ultra, menawarkan peningkatan prestasi luar biasa dan ciri-ciri inovatif. Terdapat empat siri utama yang dilancarkan MEG, MPG, MAG, dan PRO setiap satunya dibangunkan untuk memberikan kecekapan AI lebih tinggi berbanding generasi terdahulu.

MSI Z890 Launch square

Dengan sokongan memori berkelajuan tinggi hingga 9600 MT/s, papan induk Z890 ini membolehkan pengguna mengoptimumkan prestasi dengan mudah. Teknologi overclocking seperti AI Boost, Game Boost, dan XMP Memory Profiles memberikan kawalan penuh kepada pengguna untuk mempertingkatkan prestasi sistem mereka.

MSI turut memperkenalkan ciri EZ DIY untuk memudahkan pemasangan dan peningkatan komponen. Ciri seperti EZ PCIe Release, EZ M.2 Clip II, dan EZ Magnetic M.2 Shield Frozr II menjadikan proses memasang dan mengeluarkan kad grafik dan SSD lebih lancar.

Siri MEG Z890, khususnya model GODLIKE dan UNIFY-X, direka untuk prestasi maksimum dengan reka bentuk VRM 26-fasa dan sokongan Thunderbolt 5. Untuk gamer, siri MPG Z890 menawarkan pengalaman permainan premium dengan rekaan elegan dan sambungan Wi-Fi 7.

Dengan fokus kepada prestasi, kestabilan, dan kemudahan pengguna, siri MSI Z890 sesuai untuk pelbagai keperluan, dari gamer hingga pembangun PC profesional. untuk maklumat lajut sila layari laman web rasmi MSI, Facebook dan Instagram MSI.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • ByteDance Dilapor Berhentikan Lebih 500 Kakitangan Di Malaysia
  • Menteri Indonesia Jelaskan Sebab iPhone 16 Belum Dijual Di Negara Itu
  • Acara Buka Kotak 'Hot Wheels' Proton Saga Putih Berlangsung Hari Ini
  • Red Dead Redemption Versi PC Kini Tersedia Untuk Pra-Pembelian

Sumber : Siaran media MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY