Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
[BM] QashierPay Soundbox-front

QashierPay Soundbox Diperkenal, Sokong QR DuitNow Di Malaysia

Diterbitkan Julai 29, 2024 oleh Amsyar Latif

Rakyat Malaysia antara yang ramai yang melakukan pembayaran digital, sama ada penggunaan e-dompet mahupun kod QR. Namun, kebimbangan peniaga adalah pembayaran tersebut ada risiko penipuan.

Jadi, untuk menangani isu tersebut, syarikat pemula kewangan (fintech) Qashier hari ini memperkenalkan QashierPay Soundbox di Malaysia.

QashierPay Soundbox ini dilengkapi dengan keupayaan notifikasi berbunyi semasa. Melaluinya, ia akan memaklumkan kepada peniaga apabila mereka menerima amaun bayaran dengan tepat.

[BM] QashierPay Soundbox – customer scanning

Antara kelebihan apabila peniaga menggunakan peranti tersebut adalah seperti penggunaan yang mudah (plug-and-play), menyokong semua e-dompet serta QR DuitNow — TnG, Shopee Pay, BigPay dan lain-lain, sokongan bahasa Melayu, Cina atau Inggeris, settlement hari berikutnya, mudah alih dan rekaan kompak.

Sekiranya anda peniaga, 1000 perniagaan pertama yang mendaftar mulai 24 Julai hingga 31 Ogos 2024 boleh menuntut peranti ini dengan harga promosi RM199.

Setiap langganan peranti tersebut akan disertakan dengan kad SIM serta data percuma selama 12 bulan. Tambahan lagi, para peniaga juga akan diberi akses ke QashierHQ, paparan perniagaan peribadi untuk memantau jualan mereka secara dalam talian.

Kepada peniaga yang berminat untuk menuntut peranti Sounbox ini secara percuma, boleh layari pautan INI.

Berkaitan

  • Telefon 5G Ini Paling Rahmah, Ada Storan Besar, AI Dan Fon Susah Pecah
  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi

Sumber: Siaran media Qashier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY