Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EV charger_Daily Hive

Kos Penyelenggaraan EV Masih Tinggi – Kajian

Diterbitkan Jun 10, 2024 · Dikemas kini Jun 10, 2024 oleh ariff bukhari

Kos pembelian EV mungkin telah menurun, dengan harga purata model elektrik baharu hampir 10% lebih rendah berbanding setahun lalu dan model terpakai pula turun sebanyak 32%.

Tetapi penyelidikan baharu menunjukkan bahawa bakal pembeli lebih berkemungkinan dibebani dengan kos pembaikan EV yang mahal, yang kekal melebihi perbelanjaan penyelenggaraan untuk kenderaan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Laporan baharu daripada syarikat analitik insurans kereta, Mitchell menunjukkan bahawa tuntutan insurans EV yang boleh dibaiki telah meningkat sebanyak 40% sejak tahun lepas, berikutan trend pertumbuhan dalam bilangan kereta elektrik di jalan raya—tetapi purata kos pembaikan adalah 29% lebih tinggi untuk pemilik EV berbanding pemilik kenderaan ICE.

Malah tempoh purata pembaikan untuk EV juga mengambil masa hampir dua kali lebih lama.

Tambah Mitchell, purata kos buruh mekanikal di Amerika Syarikat dan Kanada kini melebihi $100/jam. Ini secara tidak langsung meningkatkan kos pembaikan EV juga.

Selain itu, kerja lebih masa bagi pekerja pembaikan EV ini mungkin juga disebabkan untuk pengurusan bateri dengan voltan tinggi (proses penyahtenagaan).

EV Repair

Bukan itu sahaja, kebanyakan model EV baharu padat dengan penderia yang lebih mahal daripada kenderaan ICE dan memerlukan kemahiran khusus untuk diselenggara, ia lebih mahal untuk dibaiki.

Penyelidikan terkini daripada Persatuan Pesuruhjaya Insurans Kebangsaan mendapati bahawa kos purata perlindungan insurans EV adalah $44 lebih mahal daripada premium untuk kereta ICE.

Ini menyebabkan ramai penanggung insurans semakin memilih untuk mengklasifikasi banyak EV sebagai kerugian total kerana ia lebih murah untuk diganti dengan unit kereta yang baru sahaja, walaupun EV itu hanya terlibat dalam kemalangan kecil.

Screenshot 2024-06-10 at 5.44.45 PM

Peratusan tuntutan EV disebabkan kerugian total telah mengakibatkan jumlah kerugian pada masa ini sebanyak 9.93%, meningkat 30% daripada suku ke-3 tahun lepas.

Nilai jualan semula EV yang rendah kini menjadi kebimbangan bagi sesetengah pembeli. Kajian Universiti Chicago baru-baru ini mendapati bahawa 46% responden tidak akan mempertimbangkan untuk membeli EV.

Berkaitan

  • Lebih Baik Beli Kredit Daripada 'Bazir' Wang Pada EV - Toyota
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Nak Telefon Ada Kamera Potret Cantik Tapi Harga Tak Keras, Ini Anda Cari

Sumber: Mitchell

Rujukan: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY