Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpeg-optimizer_PUBG MOBILE_V3.5_KV

PUBG MOBILE Versi 3.5: Takluk Dunia Beku ‘Icemire Frontier’

Diterbitkan November 20, 2024 oleh Rushsyafizal

PUBG MOBILE kembali dengan kemas kini Versi 3.5 yang memperkenalkan pelbagai ciri bertemakan musim sejuk untuk dinikmati pemain sehingga 7 Januari 2025. Antara tarikan utama ialah Icemire Frontier, kemunculan semula mod ikonik, senjata baharu, kenderaan eksklusif, serta kerjasama menarik dengan jenama kereta sukan terkenal.

Pemain boleh mengembara ke lokasi seperti Chieftain’s Stronghold dan Magic Crystal Mines di peta Erangel, Livik, dan Vikendi untuk mendapatkan ganjaran istimewa. Bagi mereka yang berani, Dragon’s Lair di Erangel menawarkan peluang menumpaskan Frostborne Dragon dan membuka peti harta eksklusif.

Kemas kini ini turut memperkenalkan senjata unik seperti Frostsoul Spear dan Frostsoul Warhammer, bersama dua jenis tunggangan baharu Mammoth dan Sabertooth Tiger yang membawa strategi permainan ke tahap lebih kreatif.

Erangel kini mempunyai Dance Stage di Spawn Island untuk meraikan kemenangan, selain kuda sebagai tunggangan kekal. Pemain juga boleh mencuba pelancar M79 Smoke Grenade untuk taktik yang lebih mantap. Tambahan lagi, lokasi foto PMGC 2024 kini boleh ditemui di Erangel dan Livik untuk menangkap detik istimewa.

Mod ini kini menyokong tembok boleh pecah dalam Destructible Town dan Dorm Sniper Battle, mencipta suasana dinamik dalam pertempuran. Pemain juga boleh meneroka Trending Tab, menggunakan Smart Generator, dan mencuba tunggangan eksklusif seperti Fighter Jet.

Dalam Metro Royale, musuh PvE baharu Sabertooth Tiger kini menghantui Misty Port dan Arctic Base, manakala Home Mode menampilkan Frost Festival Event dengan aktiviti menyeronokkan seperti Snowball Showdown dan ganjaran unik bertema musim sejuk.

Cycle 7 Season 21 memperkenalkan pelbagai item legenda seperti set C7S21 dan MG3 eksklusif pada acara Icemire Frontier. Pemain juga boleh mengunjungi Season Token Event Shop untuk mendapatkan C7S21 Parachute dan ganjaran lain. PUBG MOBILE Versi 3.5 kini boleh dimuat turun percuma di App Store  dan Google Play Store.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • iPhone XS Max Kini Dikategorikan Produk Vintaj
  • Badan Agama Pakistan Isytiharkan Penggunaan VPN Adalah Bertentangan Dengan Syariah
  • Casio Perkenalkan Jam Cincin Digital Dengan Ciri Jam Randik Dan Penggera
  • MOSTI Akan Bangunkan LLM Versi Bahasa Melayu, Sokong Ekosistem AI Tempatan

Sumber: Siaran media PUBG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY