Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Proton X50 TNG

Proton X50 Baharu Dilengkapi RFID Touch ‘n Go Terus Dari Kilang

Diterbitkan Ogos 14, 2025 · Dikemas kini Ogos 14, 2025 oleh ariff bukhari

PROTON dan Touch ‘n Go menandatangani MoU untuk mengintegrasikan teknologi Touch ‘n Go RFID ke dalam semua varian Proton X50 baharu terus dari kilang.

Kerjasama ini  mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat itu dalam memberikan kemudahan kepada pengguna khususnya pemilik X50 tanpa  perlu membuat pemasangan tambahan sendiri.

Dengan penambahan RFID sebagai standard, X50 menjadi model PROTON pertama yang dilengkapi ciri ini.

Proton turut memaklumkan, X50 baharu yang telah dilancarkan pada 24 Julai lalu, mencatat kejayaan dengan 2,000 unit SUV itu berjaya dihantar dalam tempoh tiga minggu selepas pelancarannya.

Model ini menampilkan reka bentuk luaran dan dalaman serba baharu, teknologi terkini, dan enjin 1.5L i-GT turbo baharu.

Proton berkata, kerjasama ini berpotensi diperluaskan kepada model Proton yang lain dengan menyasarkan peningkatan kepuasan pelanggan mereka menerusi ciri-ciri baharu seperti ini di masa hadapan.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Inilah Rupa Kapal Angkasa Yang Dikata Mampu Bawa Manusia Sejauh 4 Tahun Cahaya
  • Kenapa Ramai Kekal Dengan Windows Lama

Sumber: PROTON

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY