Privasi Terjaga, Pengguna Android Nanti Boleh Rekod Skrin Aplikasi Tertentu Sahaja

Proses merekod skrin bagi pengguna Android boleh menjadi sebuah proses yang agak menjengkelkan.

Ini kerana sepanjang rakaman akan menunjukkan keseluruhan skrin malah memaparkan notifikasi yang boleh muncul bila-bila masa sahaja.

{suggest}

Google sedar akan isu yang dihadapi dan mereka sedang dalam usaha untuk membenarkan pengguna merekod aplikasi yang tertentu sahaja.



Menurut 9to5Google, sebuah UI percubaan baharu yang dikeluarkan Android 13 QPR2 Beta 2.

Ciri ini membenarkan pengguna untuk memilih satu aplikasi yang ingin direkod tanpa perlu menunjukkan keseluruhan skrin.

https://youtu.be/krFueMYekbw

Melalui sampel video di atas, pengguna boleh memilih mana-mana aplikasi yang diinginkan tanpa sebarang halangan.

Pengguna Android dapat menjaga privasi semasa menunjukkan skrin peranti mereka sepanjang tempoh rekod tersebut.

Ciri ini juga sangat membantu untuk pengguna tablet dan telefon lipat. Mereka boleh rekod satu aplikasi sahaja dan boleh membuka beberapa aplikasi pada masa yang sama.

Namun, UI percubaan ini masih lagi tidak berfungsi dengan baik dan ia juga dalam pembangunan lagi.

Google mungkin akan melengkapkannya sebelum pelancaran Android QPR2 rasmi iaitu pada bulan Mac.

Sumber: 9to5Google

Gambar Utama: 9to5Google