Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google siren air raid ukraine

Google Beri Fungsi Amaran Serangan Udara Untuk Pengguna Android Di Ukraine

Diterbitkan Mac 15, 2022 oleh Faiz Munir

Google kini sedang melepaskan sistem amaran serangan udara untuk peranti Android di Ukraine. Syarikat tersebut berharap agar sistem ini dapat menyelamatkan lebih ramai mangsa sebanyak yang mungkin.

Sistem ini akan memberi notifikasi kepada pengguna di kawasan perang jika terdapat peluru berpandu Rusia dikesan. Dengan ini, pengguna boleh mencari tempat berlindung daripada serangan tersebut.

Ciri ini berfungsi bersama dengan sistem penggera serangan udara Ukraine. Sistem penggera ini dapat mengesan jika terdapat serangan udara terhadap negara tersebut. Dengan kerjasama dari kerajaan Ukraine, Google mampu memberi notifikasi kepada pengguna seawal sistem ini mengesan serangan udara.

Google juga mewujudkan fungsi sedemikian di kawasan-kawasan berisiko tinggi yang lain. Seperti contoh, kawasan di mana gempa bumi kerap berlaku. Google akan bekerjasama dengan negara tersebut untuk mengesan jika berlaku gempa bumi dan akan memberikan amaran awal kepada pengguna melalui notifikasi.

Ini bukan pertama kali Google membantu Ukraine ketika berperang dengan Rusia. Sebelum ini, Google telah mengalihkan maklumat langsung trafik di Ukraine daripada Google Map supaya Rusia tidak dapat menyerang kawasan trafik yang padat. Kini, aplikasi tersebut hanya memaparkan maklumat umum sahaja.

Google juga telah menyekat beberapa fungsi di Rusia seperti langganan dan membeli aplikasi daripada Google Play. Hal ini juga memberi kesan kepada pengguna Rusia yang membuat pendapatan dengan Google Services dan YouTube.

Sumber: Android Planet

Baca juga:

  • Hati-Hati Jika Anda Ada Terima E-mel Dari “Pegawai TM”
  • Jika Anda Pengembara, Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini
  • Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY