Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Premis TMpoint Terpilih Di Zon Hijau Akan Dibuka Semula Bermula 4 Mei

Premis TMpoint Terpilih Di Zon Hijau Akan Dibuka Semula Bermula 4 Mei

Diterbitkan April 30, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilonggarkan secara berperingkat termasuk bagi sektor telekomunikasi, Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan TMpoint terpilih akan beroperasi semula. Operasi tersebut dikhususkan kepada cawangan yang berada di kawasan Zon Hijau seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Premis TMpoint terpilih akan dibuka semula bermula 4 Mei 2020 dan hanya akan beroperasi tiga hari seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat dari 10 pagi hingga 4 petang.

Bagaimanapun, waktu operasi mungkin berbeza bagi beberapa cawangan TMpoint dan bergantung kepada peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

https://www.facebook.com/myTMgroup/posts/524360904920612

Selain itu, hanya maksimum tiga orang staf yang akan bertugas di setiap cawangan dengan maksimum lima pengunjung pada satu-satu masa. Prosedur Operasi Standard (SOP) juga akan dilaksanakan sepanjang waktu operasi di semua cawangan terlibat.

Setiap pelanggan boleh melakukan transaksi seperti langganan perkhidmatan, pengambilan dan penukaran kad SIM untuk unifi Mobile, pengambilan peranti untuk unifi Air serta bantuan secara bersemuka bagi produk dan perkhidmatan TM.

Bagi pelanggan TM yang menetap di kawasan Zon Kuning dan Merah, anda dinasihat untuk berhubung dengan Operasi Khidmat Pelanggan TM bermula 7 pagi sehingga 9 malam menerusi saluran alternatif seperti Pusat Panggilan TM di 100, aplikasi myunifi, portal unifi, Live Chat, Facebook, Twitter dan e-mel.

Semakan cawangan TMpoint yang akan beroperasi semula bermula 4 Mei 2020 boleh dilihat melalui pautan ini. Senarai ini juga akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY