Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prasarana Beri Jaminan, Keselamatan Operasi MRT Laluan Putrajaya Tidak Terjejas

Prasarana Beri Jaminan, Keselamatan Operasi MRT Laluan Putrajaya Tidak Terjejas

Diterbitkan Jun 7, 2023 · Dikemas kini Jun 7, 2023 oleh ariff bukhari

Respon terhadap gangguan sistem teknologi maklumat rangkaian komputer yang sedang  dihadapi di stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya, Rapid Rail Sdn Bhd yang juga anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad memaklumkan, mereka bersama Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) selaku pemilik asset MRT serta pihak kontraktornya kini sedang bekerjasama dalam memastikan integriti  sistem teknologi maklumat rangkaian komputer MRT terjaga di setiap peringkat.  

Pihak Prasarana memberi  jaminan bahawa isu itu buat masa ini sama sekali tidak menjejaskan keselamatan operasi laluan tersebut. 

Isu rangkaian tersebut dikesan sewaktu pemeriksaan rutin di mana ia telah memberi kesan kepada beberapa komponen rangkaian termasuk akses kepada emel, internet dan juga  perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go. 

Masalah itu hanya menyebabkan pengguna tidak dapat membuat sebarang transaksi  tambah nilai Touch ‘n Go di stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya sahaja.

Ia tidak menjejaskan operasi serta integriti keselamatan laluan tersebut, termasuk penggunaan  sistem tiket integrasi.

Buat masa ini, sebarang transaksi Touch ‘n Go di kaunter dan mesin penjual tiket di stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya, termasuk untuk memperbaharui pas perjalanan bulanan  tanpa had dan pas-pas perjalanan lain, tidak dapat dilakukan.

Sistem-sistem MRT direka bentuk supaya bebas (independent) daripada setiap satu.

Sekiranya gangguan sedemikian berlaku kepada salah sebuah sistem, semua sistem lain  akan diasingkan (isolated) sepenuhnya untuk mengelakkan sebarang kesan kepada sistem pengendalian.

Berkaitan

  • Buang 2 'Extension' Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera
  • Isu Berkaitan Perjanjian DNB Dengan 'Telco' Akan Dimuktamad Seawal Hujung Jun
  • Kerajaan Cadang Tambah Lebih Banyak Kamera AwAS

Sumber: Siaran Media Prasarana

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY