Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Chrome

Buang 2 ‘Extension’ Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera

Diterbitkan Jun 6, 2023 oleh ariff bukhari

Seorang penyelidik keselamatan bernama Wladimir Palant mendedahkan penemuan satu ‘extension‘ popular untuk pelayar Google Chrome yang mengandungi kod berniat jahat.

PDF Toolbox extension didapati mengaut untung dengan cara yang dilarang oleh dasar polisi Chrome Web Store. Yang biasanya bermaksud ia menyuntik iklan kedalam laman sesawang.

Buang 2 ‘Extension’ Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera

Satu lagi extension pelayar Chrome meragukan turut dilaporkan oleh penyelidik keselamatan dari Avast.

Autoskip for YouTube extension dikesan Avast bertindak dengan spam pengguna Chrome dengan iklan yang tidak diingini dan mengubah hasil carian kepada paparan pautan tajaan, hasil carian berbayar dan pautan yang berpotensi berniat jahat.

Buang 2 ‘Extension’ Popular Ini Dari Pelayar Chrome Anda Segera

Kedua-dua extension ini telah dilaporkan kepada pihak Google dan ia telah dibuang dari Chrome Web Store.

Penyelidik keselamatan Avast menasihatkan pengguna supaya mesti berhati-hati semasa memasang extension ke dalam pelayar walaupun ia tersedia di platform rasmi seperti Chrome Web Store.

Pengguna dinasihatkan untuk sentiasa menyemak reputasi pembangun dan baca ulasan sebelum memasangnya ke dalam pelayar.

Juga, berhati-hati dengan permintaan kebenaran yang berlebihan atau extension itu  mempunyai fungsi yang tidak berkaitan.

Berkaitan

  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
  • Apple Store KL Dijadual Buka Pada Februari 2024
  • Battery Health Versi Android Mungkin Hadir Dalam Android 14

Sumber: Avast, palant.info

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY