Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pra-Tempah Sony Walkman Dibuka, Harga Kalah Y16

Posted on Mac 18, 2022

Beberapa minggu lepas, Sony buat kejutan dengan mengembalikan nostalgia Walkman untuk peminat Walkman. Berita gembira, Sony Malaysia mengumumkan Walkman terbaru mereka dibuka untuk pra-tempah sehingga 10 April 2022.

Untuk siri Sony Walkman Signature, Sony mengeluarkan pemain muzik Walkman WM1ZM2 yang direka dengan casis tembaga bebas oksigen bersalut emas yang dinaik taraf kepada 99.99%.

Model WM1ZM2 ini dijual pada harga RM14,999.

Manakala untuk pemain muzik Walkman WM1AM2 pula menampilkan bingkai aloi aluminium yang sangat tahan yang dapat menentang bunyi elektrik dan gangguan lain sambil memberikan bunyi berkualiti tinggi.

Sony Walkman WM1AM2 ini dijual pada harga yang lebih “murah” iaitu RM5,499.

Pra-Tempah Sony Walkman
Sumber: Sony Malaysia

Dengan membuat pra-tempahan, anda berpeluang untuk mendapatkan beberapa hadiah percuma dari Sony iaitu:

  • Kad MicroSD 512GB
  • Kad Starbucks bernilai RM50
  • Kad Terima Kasih dari Jurutera (Engineer Memorabilia Thank You Card)
  • Diskaun Purchase with Purchase (PWP) sebanyak 25%

Pra-tempah Sony Walkman WM1ZM2 atau WM1AM2 boleh dibuat melalui laman web Sony sekarang sehingga 10 April 2022.

Untuk maklumat lanjut, layari Sony.

Sumber: Sony Malaysia

Baca juga:

  • Sony Walkman Buat ‘Comeback’, Harga Saing iPhone 13 Pro Max
  • Penghantaran Misteri Sony Ke AS Mungkin Prototaip Konsol PS5 Pro
  • Kereta Elektrik Gabungan Teknologi Honda Dan Sony Akan Diperkenal 3 Tahun Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress