Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony PS5 Shopee

Penghantaran Misteri Sony Ke AS Mungkin Prototaip Konsol PS5 Pro

Diterbitkan Mac 8, 2022 oleh Faiz Munir

Sony dilaporkan menghantar menghantar prototaip konsol dalam bilangan yang besar kepada Amerika Syarikat (AS). Dalam keadaan peminat sedang menunggu bekalan baharu untuk PS5, semestinya laporan ini membuat peminat tidak boleh duduk diam.

Sebelum ini, Sony Interactive Entertainment turut melakukan perkara yang sedemikian. Syarikat tersebut telah menghantar ribuan kit pembangunan (devkits) dari seluruh dunia ke Oakland, California.

Dikatakan devkits tersebut untuk pengubahsuaian PS5 atau devkits untuk PSVR2 dan mungkin juga unit awal untuk PS5 Pro.

Penghantaran Misteri Sony Ke AS Mungkin Prototaip Konsol PS5 Pro
Set kepala PlayStation VR

Kali ini, Sony Interactive Entertainment Europe pula telah menghantar 4 karton prototaip konsol seberat 1,532 lbs (694kg) dari London, UK ke Norfolk, Virginia pada 16 November 2021.

Masih menjadi tanda tanya mengapa penghantaran ini dihantar ke Norfolk kerana tiada cawangan Sony pun di sana. Yang ada hanya beberapa pusat perkhidmatan Sony sahaja. Namun hal ini telah menguatkan lagi spekulasi berkenaan dengan kehadiran PS5 Pro.

Bercakap tentang spekulasi PS5 Pro, masih terlalu awal untuk sony memperkenalkan model tersebut. Jika dilihat pada PS4 Pro, model tersebut hanya dikeluarkan selepas 3 tahun PS4 dilancarkan. Mengikut tempoh ini, mungkin PS5 Pro akan dilancarkan pada tahun depan.

ps4 pro

Spekulasi seterusnya pula, berkemungkinan juga ia PS5 Slim. Disebabkan faktor saiz yang kecil, Sony dapat mengaut untung daripada kos penghantaran. Namun seperti PS5 Pro, dikatakan masih terlalu awal untuk Sony memperkenalkan PS5 Slim.

Apa-apa pun, ini hanya spekulasi peminat sahaja. Kita masih tidak tahu apa isi kandungan penghantaran tersebut dan apa tujuan Sony melakukannya. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja.

Sumber: TweakTown

Baca juga:

  • Tak Sangka Ramai Mula Beli MacBook Pro Tanpa Skrin, Katanya Lebih ‘Versatile
  • Android 12L – Sistem Operasi Khusus Untuk Peranti Boleh Lipat Dan Skrin Besar
  • Serik, Nokia Akui Mereka Tidak Lagi Akan Keluarkan Telefon Andalan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY