Kini, rakyat Malaysia boleh dapatkan dua peranti HUAWEI ini iaitu MatePad Pro 13.2 dan MateBook D 16 secara pra-tempah dengan pembayaran deposit sebanyak RM50 sahaja di pautan INI.
HUAWEI MatePad Pro 13.2

Imbas kembali, tablet ini dipasangkan dengan paparan skrin OLED 13.2 inci yang berkadar segar semula 144Hz dengan resolusi 2880 x 1920 px.
MatePad Pro 13.2 ini juga hadir dengan konfigurasi 12GB RAM dengan pilihan storan 256GB dan 512GB serta disokong oleh sistem operasi HarmonyOS 4.

HUAWEI MateBook D 16

Komputer riba ini pula dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Gen 12 dan konfigurasi 16GB RAM serta pilihan storan 512GB dan 1TB.
Selain itu, skrin yang digunakan bersaiz 16 inci dengan kadar segar semula 60Hz dan resolusi 1920 x 1200 px.

Dengan pembelian dua peranti ini melalui pembayaran deposit RM50, anda berpeluang untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM6,620. Tawaran ini telah pun bermula dari 20 Disember 2023 hingga 10 Januari 2024.
Tambahan lagi, ketibaan HUAWEI MatePad Pro 13.2 untuk pasaran tempatan dijangka hadir secara rasmi di pasaran Malaysia pada 9 Januari 2024 di Shopee.
{suggest}
Sumber: HUAWEI Malaysia
