(Ulasan) MateBook D 16 - 'Laptop' Sedap Yang Masih Mampu Milik

Pada bulan Julai yang lepas, HUAWEI telah pun melancarkan model terbaru komputer riba mereka iaitu MateBook D 16.

Penulis telah berpeluang menguji sendiri komputer riba ini di mana MateBook D 16 yang diuji penulis adalah model yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 Gen 12 serta RAM 16GB.

Selepas hampir 2 minggu mengujinya, ini yang penulis boleh katakan tentang MateBook D 16 ini.

{snap}

Komputer riba 16 inci yang ringan




Walaupun skrinnya bersaiz 16 inci, HUAWEI mampu menjadikan MateBook D 16 sebagai sebuah komputer riba yang cukup selesa dibawa ke mana-mana sahaja.

Rekaannya yang nipis serta rekaan bingkai skrin rapat ke bucu (90% ratio skrin ke kerangka) menjadikan saiznya tidak terlalu besar menjadikannya ringan dan menjimatkan ruang dalam storan beg.

Malah paparannya cukup terang dan kualiti visual yang diberikan adalah begitu memuaskan dipandang.

{snap}

Selesa menaip dengannya




Rekaan papan kekunci HUAWEI MateBook D 16 amat baik. Saiz huruf, nombor serta simbol-simbol yang dipaparkan pada papan kekunci 'sedap' dipandang.

Malah menaip dengannya juga sangat selesa dan puas setiap kali papan kekunci ditekan.

Ciri 'backlit' pada papan kekunci juga amat membantu kerana kadar kecerahannya cukup memuaskan.

{snap}

Bateri tahan lama




Walaupun tanpa menghudupkan ciri penjimatan bateri yang ada di dalam sistem Windows 11, bateri komputer riba ini mampu bertahan sehingga lebih daripada 5 jam.

Jadi menggunakannya untuk aktiviti luar tanpa sambungan bekalan kuasa elektrik tidak akan memberi masalah kepada anda.

{snap}

Prestasi baik




Dengan cip pemprosesan Intel core i5 dari Generasi ke-12, ia memberikan kuasa yang secukupnya untuk anda melaksanakan pelbagai kerja sekaligus.

Isu prestasi pada komputer riba ini tidak timbul sama sekali di maan ia sangat lancar melaksanakan pelbagai tugas dari menaip sehinggalah tugasan grafik ringan.

Namun begitu, ada satu sahaja isu yang sedikit menjengkelkan penulis sepanjang menggunakannya.

{snap}

Sistem Windows 11 tergantung




Isu yang penulis maksudkan di sini adalah sistem Windows 11 yang tergantung di mana kerap berlaku ketika penulis mahu kembali akses komputer dari skrin yang dikunci.

Malangnya, sistem tergantung terus sehingga terpaksa komputer riba dimatikan secara paksa (force shut down) bagi membukanya semula.

Penulis berpendapat, punca kepada isu ini adalah tab pada pelayar yang dibuka terlalu banyak serta isu kestabilan sistem operasio Windows 11 itu sendiri.

{snap}

Pendapat jujur penulis




Apa yang penulis boleh simpulkan adalah HUAWEI MateBook D 16 merupakan sebuah komputer riba yang cukup baik dan berprestasi. Cukup sedap dan masih mampu milik.

Secara keseluruhannya, ia adalah lebih baik berbanding model MateBook D 15 yang pernah penulis uji sebelum ini. Ia lebih responsif, visual skrin yang lebih kaya dengan warna serta lebih selesa menggunakannya.

Sebanyak 3 varian ditawarkan untuk HUAWEI MateBook D 16 iaitu varian 8GB + 512GB (Intel Core i5-12450H)  berharga RM3,699.00.

MateBook D 16 varian 16GB + 512GB (Intel Core i5-12450H) berharga RM3,999.oo dan varian MateBook D 16 dengan 16GB + 512GB (Intel Core i7-12700H) berharga RM4,799.00.

Beli di Shopee