Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-14T173453.416

Huawei MatePad Pro 13.2 Bakal Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi

Diterbitkan Disember 14, 2023 oleh Muhd Idham

Selepas pelancarannya di China pada September yang lalu, peranti Huawei MatePad Pro 13.2 kini telah rasmi untuk pasaran global.

Screenshot 2023-12-14 162037

Tablet yang senipis 5.5mm ini digandingkan bersama dengan paparan OLED 13.2 inci yang berkadar segar semula 144Hz dan resolusi 2880 x 1920 px. Selain itu, kecerahan puncaknya dapat mencapai sehingga 1,000 nits.

Huawei MatePad Pro 13.2 Bakal Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi

Selain daripada penggunaan cip Kirin 9000s, MatePad Pro 13.2 ini hadir bersama konfigurasi 12GB RAM serta 2 pilihan storan iaitu 256GB dan 512GB. Turut disokong sistem operasi HarmonyOS 4, Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 5.

Kamera yang dipasang terdiri daripada kamera utama 13MP, ultra lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP. Selain itu, tablet ini dilengkapi dengan kapasiti bateri 10,000mAh serta pengecasan pantas 88W.

Huawei MatePad Pro 13.2 Bakal Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi

Huawei MatePad Pro 13.2 ini hadir dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan hitam emas dengan harga global seperti berikut:-

  • 12GB RAM + 256GB = EUR 999 (~RM5,086.14)
  • 12GB RAM + 512GB = EUR 1,199 (~RM6,104.38)

Disertakan bersama M-Pencil Gen 3 berharga EUR 99 (~RM504.03) dan Smart Magnetic Keyboard dengan harga EUR 199 (~RM1,013.15).

Kemasukannya untuk pasaran Malaysia masih belum diketahui lagi tapi halaman pembeliannya telah tersedia di Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Aplikasi Google Play Movies & TV Tamat Perkhidmatan Pada Januari 2024
  • (Ulasan) Huawei Watch GT 4 - Ada Gaya, Ciri Pun Kaya
  • Samsung Galaxy M54 Masuk Malaysia Dengan Harga RM2,099
  • Ini Produk PlayStation Yang Ada Diskaun Sempena Musim Cuti

Sumber: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY