Power Bank Redmi 20,000mAh Diperkenalkan Pada Harga Sekitar RM60

Xiaomi tempoh hari telah mengembangkan lagi penawaran bagi sub-jenama mereka, Redmi, dengan memperkenalkan produk terbaru berupa powerbank.

Disediakan dalam dua pilihan kapasiti iaitu 10,000mAh dan 20,000mAh, kedua-duanya diletakkan pada nilai yang pasti menjadi tarikan pengguna iaitu 59 yuan (~RM35) sehingga 99 yuan (~RM62).



Bagi powerbank Redmi 20,000mAh, ia tampil dengan sokongan pengecasan pantas 18W pada dua port USB-A. Menurut Xiaomi, powerbank ini mampu mengecas penuh Redmi Note 7 (4000mAh) sebanyak 3.5 kali dan iPhone XS (2658mAh) sebanyak 4.8kali.

Ia juga dikatakan dilengkapi dengan sensor ketepatan kapasitif resistif tinggi yang berfungsi mengelakkan lebihan cas. Sebuah lagi model, Redmi Powerbank 10,000mAh, ia tidak mempunyai sokongan pengecasan pantas pada dua port USB-A. Selain itu dua model ini juga disediakan dengan satu port USB-C serta satu port MikroUSB.

Xiaomi akan mula menjual powerbank Redmi ini bermula 23 Julai 2019 di China