Cari Kamera Keselamatan? Xiaomi Ada Model Baharu

Anda mungkin sedang berkira-kira untuk mencari sebuah kamera keselamatan untuk digunakan di rumah? Ini mungkin peranti yang dicari dimana, Xiaomi telah mengumumkan Mi 360° Home Security Camera 2K Pro.

Kamera ini datang dengan sensor 3MP yang mampu menyediakan imej jelas pada resolusi 2304 x 1296 piksel. Selain itu, ia juga mempunyai aperture besar f/1.4,dan lensa 6P.



Menurut Xiaomi, imej sensor kamera ini mempunyai sensitiviti yang tinggi untuk pastikan imej kelihatan terperinci dengan warna yang terang walaupun pada kawasan rendah pencahayaan.



Pengguna juga boleh berkomunikasi dengan jelas bersama individu yang berada berhampiran dengan kamera keselamatan ini melalui sistem dwi mikrofon dan teknologi pembatalan hingar aktif.

Mi 360° Home Security Camera 2K Pro turut mempunyai sokongan Google Assistant. Anda boleh dapatkan peranti ini pada harga RM219 di Shopee dan Lazada bermula 14 Februari ini. Sementara itu sekiranya mahu membeli di Mi Stores, ia hanya akan tersedia pada 16 Februari.