Potongan Harga Sehingga RM300 Untuk Huawei Nova Lite Sempena Merdeka Ini

Bagi anda yang sedang mencari telefon baru mampu milik, Huawei Nova Lite ( juga dikenali sebagai Honor 8 Lite bagi sesetengah pasaran)  mungkin sesuai dengan anda.

Menerusi Promo Gila-Gila Pra Merdeka kali ini, Huawei Malaysia membawakan model pertengahan itu dengan 3 variasi warna pilihan:

  • Nova Lite Biru RM 759

  • Nova Lite Hitam  – RM 699

  • Nova Lite Emas – RM 699


Berdasarkan harga diatas, Huawei memberikan potongan sebanyak RM300 yang mana sebelum ini telefon terbabit djual pada harga asal RM999.



Spesifikasi ringkas Huawei Nova Lite:

  • Skrin paparan FHD 5.2 inci

  • Cip pemproses Kirin 655

  • Storan dalaman 16GB

  • Bateri 3000mAh

  • Kamera utama 12MP, Kamera selfie 8MP


Promosi ini pra-Merdeka ini akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2017 tertakluk pada terma dan syarat. Jadi tunggu apa lagi lawatilah pengedar sah Huawei di seluruh Malaysia sementara stok masih ada.

Sumber: Huawei Malaysia