PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR Tersedia Mulai 5 Mei 2024

Kini, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR boleh dibeli di HONOR Experience Stores terpilih termasuk kedai serba baharu di The Exchange TRX mulai 5 Mei 2024.

Sebelum ini, hanya tersedia pada bulan Mac melalui jemputan bagi pembelian PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR.

Di samping itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic 6 RSR menawarkan 24GB RAM dan 1TB storan yang dijual pada harga RM7,499.

Dua warna yang disediakan iaitu Agate Grey dan Frozen Berry. The Frozen Berry ialah warna merah jambu umpama Porsche Taycan.



Bukan itu sahaja, sensor Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 digunakan bagi merakam foto dan video dengan tahap pencahayaan yang tersendiri.

Ia juga hadir dengan sensor LOFIC dan Sistem Autofokus Matriks LiDAR.

Oleh itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR V2 RSR juga boleh didapati di Kedai HONOR terpilih. Telefon dengan 16GB RAM dan storan 1TB ini berharga RM10,999.

{suggest}

Sementara itu, hadiah cabutan bertuah menarik berjumlah sehingga RM35,000 menanti pembeli yang membuat pembelian di HONOR Store di The Exchange TRX pada Ahad.

Pemenang Hadiah Utama akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro. Hadiah menarik lain termasuk mesin kopi Nescafe, HONOR Robot Vacuum dan HONOR Bluetooth Speaker.

Untuk sebarang pembelian melebihi RM1,000 dalam satu resit akan layak mendapat satu peluang cabutan bertuah. Manakala pembeli HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 akan menerima dua penyertaan cabutan bertuah. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Beli produkHONOR di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia