Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
miui 13 poco x3 Pro

POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12

Diterbitkan Mac 4, 2022 oleh Faiz Munir

POCO ada mengumumkan kehadiran MIUI 13 pada peranti mereka tidak lama lagi selepas pelancaran POCO M4 Pro dan POCO X4 Pro 5G di acara MWC 2022 tempoh hari.

Kini, POCO X3 Pro mula menerima kemas kini MIUI 13 berasaskan Android 12 secara global. Seperti yang kita tahu, MIUI 13 didakwa mampu memberikan prestasi 26% lebih lancar dan pantas daripada MIUI 12.5 Enhance Edition.

Untuk tahu lebih lanjut mengenai MIUI 13, anda boleh rujuk artikel yang kami tulis sebelum ini dengan klik pautan ini.

Pada siri Redmi Note 11 juga telah menerima MIUI 13 namun ianya berasaskan Android 11 dan bukannya Android 12. Ini menjadikan POCO X3 Pro menjadi peranti kedua yang menggunakan MIUI 13 berasaskan Android 12 selepas siri Xiaomi 12.

POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12
Sumber: Xiaomiui

Nombor binaan kemas kini MIUI 13 ini adalah  13.0.3.0.SJUMIXM dengan saiz 3.1GB. Berdasarkan gambar di atas, anda juga boleh melihat fungsi dan penambahbaikan yang dibawa bersama kemas kini ini.

Semua pengguna akan POCO X3 Pro akan menerima kemas kini ini jika tiada sebarang masalah berlaku. Dan seperti biasa, kemas kini MIUI 13 ini akan sampai kepada pengguna Malaysia sedikit lewat selepas ia dilepaskan.

Sumber: Xiaomiui

Baca juga:

  • MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
  • Dulu Sebahagian Dari Rusia, Kini Apple Ubah Wilayah Ini Di Bawah Ukraine
  • Demi Solidariti, EA Akan Buang Semua Kelab Rusia Dalam ‘Game’ FIFA

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY