Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
f4 gt 5

Reaksi Awal POCO F4 GT – “Panas Dari Biasa”

Diterbitkan April 27, 2022 · Dikemas kini Mei 13, 2022 oleh ariff bukhari

Akhirnya, telefon pintar paling flagship dari POCO iaitu POCO F4 GT telah pun tiba di Malaysia.

Rata-rata peminat telefon pintar berprestasi tinggi amat menantikan-nantikan model terbaru ini POCO ini kerana spesifikasinya yang berkuasa tinggi tetapi ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik iaitu hanya bermula dari RM2,299.00 sahaja.

Reaksi Awal POCO F4 GT – “Panas Dari Biasa”

POCO F4 GT dikuasakan oleh cip pemprosesan paling berkuasa untuk peranti Android ketika ini, Snapdragon 8 Gen 1 (4nm), skrin besar AMOLED 120Hz bersaiz 6.67 inci dan bateri 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 120W.

Reaksi Awal POCO F4 GT – “Panas Dari Biasa”

POCO memang tak kedekut kerana mereka turut sertakan pengecas pantas 120W serta kabel pengecas USB-C berkualiti yang direka khas (bentuk L) yang pastinya akan dihargai pemain tegar permainan di telefon pintar.

Malah POCO turut sertakan kabel USB-C ke audio.

Reaksi Awal POCO F4 GT – “Panas Dari Biasa”
Ciri sembunyikan butang permainan pada POCO F4 GT ni memang ‘nice’.

Dari segi rekaan pula, POCO hasilkan ciri menarik pada F4 GT  dengan mereka butang permainan boleh sembunyi.

Untuk pengalaman awal menggunakannya pula dari segi prestasi, POCO F4 GT memberikan yang terbaik, audio yang jelas dan kuat serta kualiti grafik adalah sangat memuaskan.

Reaksi Awal POCO F4 GT – “Panas Dari Biasa”

Walau bagaimanapun disebalik perkara-perkara positif itu, terdapat 1 – 2 isu yang perlu diperkatakan oleh penulis.

Salah satunya adalah isu termal pada F4 GT di mana ia menjadi agak panas selepas hanya kurang dari 30 minit penulis bermain di atas peranti ini.

Isu ini akan diulas dengan lebih terperinci dalam ulasan penuh POCO F4 GT sedikit masa lagi.

Nantikan.

Baca juga:

  • Poco F4 GT Akhirnya Masuk Malaysia – Dijana Snapdragon 8 Gen 1, Harga Permulaan RM2299
  • Siri vivo X80 Dilancar Dengan 2 Model, Guna Snapdragon 8 Gen 1 Dan Dimensity 9000
  • Siri ‘Gaming’ vivo T1 Dilancarkan Dengan 2 Model, Harga Serendah RM699

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY