POCO Buds Pro Edisi Genshin Impact Dilancar - Ada ANC, Berharga RM299

POCO Buds Pro Edisi Genshin Impact merupakan satu berita baik kepada pemain Genshin Impact terutamanya yang meminati karakter 'pyro catalyst' Klee. Hal ini demikian, POCO melancarkan produk earbuds pertama mereka ini dengan kolaborasi bersama Genshin Impact.

POCO Buds Pro

Bekas earbuds ini menampilkan tema warna merah sempena warna identiti bagi karakter Klee. Selain itu, POCO juga memperkenalkan kotak bungkusan dengan rekaan 'Dodoco Tales', grimoire yang menjadi senjata ikonik untuk Klee.

POCO Buds Pro

Tambahan lagi, POCO juga memberi satu bag kecil bersamanya untuk menyimpan POCO Buds Pro yang mempunyai rekaan seperti bag yang dipakai Klee dalam Genshun Impact.

Selain itu, POCO menyatakan Buds Pro Edisi Genshin Impact ini mampu memberi kualiti suara yang baik kepada pengguna dan menyokong penarafan perlindungan tahan air IPX4.

POCO Buds Pro

POCO Buds Pro Edisi Genshin Impact akan dijual pada tanda harga RM299 bermula 28 April ini. Walaupun begitu, pembeli awal yang terhad akan mendapat harga istimewa RM259 dan anda boleh membelinya di Stor Rasmi POCO di Shopee dan Lazada.

Sumber: Siaran Akhbar POCO

Baca juga: