POCO F4, POCO X4 GT Dipasarkan Di Malaysia Bermula RM1,499

POCO telah melancarkan dua model, POCO F4 dan POCO X4 GT untuk pasaran global dan bermakna ia juga tersedia untuk pasaran Malaysia.

Kedua-dua akan mula dijual bermula minggu hadapan, terhad di Shopee atau Lazada.

POCO F4


Model ini berjantungkan Snapdragon 870 dan dijual di pasaran tempatan dalam dua varian iaitu 6GB+128GB dan 8GB+256GB.

Skrin AMOLED 120Hz padanya berdimensi 6.67 inci, mampu menerima kadar input sehingga 360Hz dan beresolusi FHD+.

Selain itu, ia juga datang dengan Dolby Vision, HDR10+, dan Corning Gorilla Glass 5.

Baterinya pula sebesar 4500mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W.

Kamera belakang terdiri daripada 3 lensa iaitu 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro.

Bagi swafoto, pengguna boleh memanfaatkan sensor 20MP untuk di panel hadapan.

POCO F4 juga menyokong rangkaian 5G. Ia terdapat dalam 3 warna iaitu Moonlight Silver, Night Black dan Nebula Green.



Telefon ini akan mula dijual bermula 27 Jun 2022 ekslusif di Shopee. Klik pada pautan di bawah untuk membelinya:
POCO F4 - RM1,599 (6GB + 128GB)

POCO F4 - RM1,699 (8GB+256GB)

Mereka yang awal berpeluang mendapat harga RM100 lebih rendah (RM1,499 dan RM1,599).

POCO X4 GT


Peranti ini djana cip MediaTek Dimensity 8100 dengan RAM 8GB tapi hadir dalam dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB.

Ia menggunakan panel LCD bersaiz 6.6 inci dengan kadar segar maksimum 144Hz dan input sentuh setinggi 270Hz.

Selain sama menggunakan Gorilla Glass 5, ia juga mempunyai resolusi FHD+.

Berjantungkan bateri sebesar 5080mAh, ia menyokong pengecasan pantas 67W yang pengecasnya juga disertakan dalam kotak.

Tiga lensa di belakang ialah 64MP utama, 8MP sudut lebar dan 2MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan kamera 20MP.

Untuk rangkaian, POCO X4 GT ini juga menyokong isyarat 5G.

Ia tersedia dengan 3 warna iaitu hitam, biru dan perak.



Telefon ini akan mula dijual bermula 30 Jun 2022 ekslusif di Lazada.

Harganya seperti berikut anda boleh klik padanya untuk beli di Lazada:
POCO X4 GT - RM1,499 (8GB+128GB)

POCO X4 GT - RM1,599 (8GB+256GB)

Mereka yang awal berpeluang mendapat harga RM100 lebih rendah (RM1,399 dan RM1,499).

Baca juga: